jiwa kacau ;D
mood hari ini. geram. tak puas hati. sedih. sedih.sangat sedih. sangat sangat sedih. kecewa. hampa. kecewa. hampa. kecewa. hampa. deppression!
'OPSS.. HARAP MAAF SIARAN TERGENDALA!!'
huarghh.. mari tenangkan hati lihat keindahan ciptaanNya...
'yang paling jauh bukanlah bulan bintang, tapi masa lepas yang telah berlalu..' ohss, really meant it! MENGENANG kisah-kisah dulu sering mengimbaukan kita
kepada kenangan-kenangan silam. Yang menarik, yang best-best kalau nak
diingat memang rasa seronok. Tapi yang pahit-pahit tu kalau nak
dikenang, jadinya makin perit..
tak salah ingat balik kesah-kesah lama.. yang baik jadi teladan yang buruk jadikan sempadan ;P pandailah kan.. hahaha..
Tak ada orang yang mahu kisah pahit di masa silamnya dipertontonkan
kembali. Yang dah berlaku, maka biarlah ianya berlalu. Dah lepas tu,
biarlah ia terus melepas. Macam air mengalir di dalam sungai gitu.
Sekali ia berlalu dari hulu, ia akan terus menuju ke hilir, terus ke
muara dan menghanyut ke lautan.
words yang sangat saya sukai "LIVING AT THE PRESENT" ..!! yes, kenapa perlu dihantui oleh masa silam yang kelabu kelam pink hijau semua, hiduplah dengan apa yang anda ada sekarang.. hargailah sekeliling anda..
pesanan terkakhir, dun worry be happy.. Allah sentiasa bersama kita. janji U ingat Dia, Dia pasti ingat kat U.. Allah itu Maha Baik, lagi Maha Penyayang.. sebanyak buih dilautan sekalipun dosa yang telah dilakukan, pasti akan diampuniNya..kembali padaNya..moga diri ini tidak akan melupakanMu, lindungilah kami, ya Rabb..amenn..
redha dan berlapang dada.. Dia Tahu setiap apa yang yang ada disudut bumi. setiap yang terjadi adalah dalam KuasaNya..Allahuakbar..