weloveweshare

Saturday, 4 August 2012

i'm not giving up on YOU

"Kesedihan tidak boleh mengembalikan sesuatu yang telah hilang.
Ketakutan tidak baik untuk masa depan. Kekhuatiran tidak dapat
mewujudkan kejayaan. Akan tetapi jiwa yang tenang dan hati
yang redha adalah dua sayap untuk terbang menuju kebahagiaan."

"Sebahagian orang seperti ikan buta. Dia mengira bahawa dia
berada di dalam gelas kecil, padahal dia berada dilautan luas.
Kita diciptakan di alam keimanan yang begitu luas, namun
acap kali kita menyempitkan jiwa kita dengan segunung kebencian,
ketakutan, permusuhan dan kesedihan."

Petikan kata-kata dari Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni.
 Alhamdulillah.. Allah itu hebat. Maha Kuasa atas segala sesuatu. yeahh, tiap yang terjadi pasti tidak sia-sia..
Allahu Allah.bangkit kembali dari putus asa. orang beriman itu tidak akan jauh dariNya, tidak akan pernah berputus asa denganNya. bangkit Cik Manis!!! Allah sentiasa ada.. ada di saat susah atau senang.. ada dimana sahaja kita perlu. Ampunkan hambaMu ini ya Allah..

“Dan Jangan kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tidaklah berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” QS Yusuf (12) : 87
^___^