weloveweshare

Wednesday, 21 November 2012

Usrah tautan hati 2

Assalamualaikum brothers n sisters.
Entry ini ingin cikmanis kongsikan tentang usrah tautan hati yg dimana naqibahnya adalah kak fatimah syarha.
Alhamdulillah. Inilah yang dinamakan rezekI Allah bagi. Dah lama mengintai intai camana Nak menjoin usrah Dan baru Kali ni Allah bagi peluang. Alhamdulillah syukur tak terhingga.
Berjumpa dengan orang yang hebat hebat di taman syurga adalah suatu perasaan yang cukup indah. Moga ukhuwwah fillah yang terjalin akan kekal.
Usrah bermula dengan tadabur surah al-Qiyamah. Subhanallah. Surah berkaitan hari qiamat. Hari yang pasti akan muncul Nanti. Entah kita berkesempatan melaluinya atau tidak. Jika tidak mengalami qiyamat yg besar, qiamat kecil itu pasti.. iaitu MATI... Tanya hati muhasabah diri.. bersediakah kita..?
Kak fatimah syarha juga menerangkan tentang beberapa hadis tapi saya masih x mampu menghafalnya.. hadis tu lebih kurang macam ni maksudnya 'takkan ada yang dapat mengubah takdir manusia... Dan Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nasib masing masing'. Allahurobbi. Tajam mencucuk cucuk.. terasa kedalam diri. Sampai Bila diri ingin hanyut dengan maksiat, hanyut dengan duniawi. Berubahlah. Ubah diri sendiri. Untuk berubah harus kuat kerana kak ha kata kita ada Allah. Buat sesuatu Dan yakin kedalam diri, 'aku ada Allah!!'
Seterusnya kak ha mengupas bab 'menjauhkan diri dari maksiat' dari buku 'ghayyir nafsaka'.
Dalam buku tu ada Cakap kita layak menakhoda umat ini, dat mean kita perlu jadi dai'e.. addaI'e ilallah.. bawa orang kepada Allah. Kak ha juga menerangkan bahawa kita perlu rasa akrab dengan Allah. Apa2 Kita kongsi dengan Allah. Berkomunikasilah dengan Allah..mengadulah kepada Allah. Then, elak maksiat benci maksiat. Orang yang buat maksiat, Allah murka. Bila Allah murka, malaikat bencI kIta. Bila malaikat bemcI, seluruh penduduk langit Dan bumi semua akan benci kita.. allahurobbi... ilmu itu cahaya, Dan cahaya tidak akan tembus kedalam hati orang yang berbuat maksiat kerana hati mereka keras...
Last.. kak ha suruh kitorang buat nota dai'e.
Listkan nama orang yang kita sayang Dan Cuba bawa mereka dengan Allah. Allah. Kuatkah aku untuk melakukannya? Aku sayang mereka. Permudahkanlah ya Allah... benar kata kak ha, perjalanan seorang dai'e penuh air Mata.. hati mesti kuat, kerana Allah..
Jika tujuan untuk dunia, ia nampak sia-sia. Tapi jika tujuan untuk akhirat sana, ia sesuatu yang besar. Tariklah orang orang yang kamu sayang untuk masuk syurga, InshaAllah...
Subhanallah..Alhamdulillah. best sangat usrah semalam. InshaAllah cikmanis akan join lagi selagi Allah mengizinkan.
#Permudahkanlah ya Allah....aminn



Saturday, 17 November 2012

Things happen for a reason

Salam to all readers.. brothers n sisters..

Setiap sesuatu yang terjadi adalah didalam pengetahunNya. Dan Setiap sesuatu yang terjadi pastilah dengan izinNya.. Dia yang maha merencanakan sesuatu.

Allahurobbi. Things happen for a reason. Sesuatu yang telah Dia rencanakan buat kita pasti ada hikmah yang sangat suweet. Dia tidak pernah melakukan untuk sia-sia. Please know it!!

So, mengapa perlu disesali perkara yang telah lama berlalu. Alhamdulillah sampai saat ini masih berpeluang bernafas melihat mentafsir Setiap kejadianNya. Itu bermakna saat ini juga Allah azzawajalla masih memberi peluang untuk melakukan kebaikan perbaiki amal mantapkan Iman. Please all say, Alhamdulillah...

Smile. Make your past as drama. Living in the present. N make your future as what u want it to be :))

Turn to Allah.

P/s:
**dont forget to pray for gaza**


Tuesday, 13 November 2012

Sedia sentiasa

Assalamualaikum brothers n sisters...

Sedia sentiasa.
Tanya hati muhasabah kembali.

Sediakah kita hadapi kekecewaan?
Sediakah kita hadapi kehilangan ?
Sediakah kita hadapi sebarang musibah?
Sediakah kita hadapI masa depan.

Kita hamba yang lemah. Takkan pernah tercapai dek akal fikiran tentang hari depan kita. Hanya Dia tuhan yang masa luas pengetahuannya Tahu apa akan jadi di masa depan.

Mari cipta plan A plan B..
Apa itu plan A Dan plan B..?
Kita Hanya mampu merancang tapi Dia yang
Menentukan segalanya. Kan. Kan. Kan..
Oleh itu. Lapangkan dada untuk hadapi sebarang kemungkinan.

Untuk dirikan rumah tangga. Kita seharusnya tidak terlalu mengharapkan kan pasangan yang sempurna. Moga pasangan juga tidak mengharapkan kesempurnaan dari kita..

Bersedialah hadapi kemungkinan terima segala kelemahan pasangan. Terus ciptakan plan. Kalau pasangan aku begini aku seharusnya begini.

Bersedialah juga hadapi jika pasangan kita ad kekasih lain. Sakit bukan. Untuk meminimakan kesakitan itu, ciptalah plan untuk menghadapinya. Perpisahan bukanlah yang terbaik. Cari jalan. Mungkin perlu lapangkan dada terima keadaan.

Setiap hari audit diri. Lapang dada. Buka hati. Semua yang terjadi musibah atau nikmat segalanya dari Allah. Sejauh mana pun kita lari dari masalah, jika Allah telah tetapkan ia. Ianya tetap akan berlaku. Untuk elak tekanan jiwa, haruslah kita turn to yang maha hebat. Segalanya dariNya..

Selamat menghadapi segala musibah dengan hati Tenang Dan Lapang. Apa pun terjadi, yakinlah dengan Allah. Dia sentiasa dekat, lebih dekat dari uray leher kita.

#bingkisan untuk ingatan diri sendiri. Inspired by kak fatimah syarha ;)


Saturday, 10 November 2012

Jadikan hantaran terhebat

Hebatkan hantaran perkahwinan

 Cuti sekolah hujung tahun insyaALLAH menjenguk sekali lagi. Cepat benar masa berlalu kan? Apa agaknya perkara-perkara bermakna yang telah kita capai dan lakukan pada tahun ini? Apa agaknya liku-liku berduri yang telah ditempuh oleh hati-hati kita sepanjang hampir dua belas bulan ini?

Cuti sekolah hujung tahun amat sinonim dengan jemputan kenduri kahwin yang silih berganti. Para bakal pengantin begitu sibuk dengan persiapan terakhir sebelum majlis walimah berlangsung. Pelbagai cabaran dan dugaan menguji di sebalik rasa teruja dan gembira bakal mengikat hubungan yang halal. Memang normal kalau To-do list and To-buy list rasa tak sempat dikejar oleh masa dan duit :D

Maka peringatan penting yang ingin saya kongsikan kali ini ialah perhebatkanlah hantaran perkahwinan. Hantaran perkahwinan yang saya maksudkan ini termasuk perkara teratas yang yang perlu diberi perhatian.Saya tidak berkata tentang dulang-dulang hantaran tujuh berbalas sembilan. Atau sembilan belas berbalas dua puluh satu. Saya bukan ingin berbicara tentang dulang-dulang yang berisi sirih junjung, sejadah dan telekung yang digubah penuh kreatif, set perfume yang mahal, ferraro rocher yang menjadi jelingan dan rebutan anak saudara, ipad sebagai latest hantaran perkahwinan di tahun 2011/2012…

Namun hantaran perkahwinan yang saya maksudkan perlu diperhebat adalah diri kita sendiri sebagai seorang isteri yang akan melangkah ke rumah suami.Wah…boleh ke umpamakan diri kita seorang wanita sebagai hantaran perkahwinan?Sebahagian dari kita berbulan-bulan lamanya telah berdikit-dikit mengumpul duit dan mengubah dulang hantaran untuk majlis perkahwinan. Berbulan-bulan resah gelisah tentang kenduri kahwin. Menempah dan mendesign baju pengantin…

Sedarkah kita ia hanya untuk majlis satu hari?Apakah cukup persediaan agama, fizikal, mental, dan emosi untuk kita menghantar kebahagiaan pada suami dan rumahtangga agar kekal sepanjang hayat?Adakah berbulan-bulan juga kita memantapkan ilmu, iman dan akhlak yang amat diperlukan untuk tampil sebagai isteri terbaik di hadapan suami – di bulan pertama rumahtangga hingga nafas terakhir seorang suami?Adakah kita berasa risau dan resah memikirkan strategi dan tips penting dalam membangunkan rumahtangga sewaktu statistik perceraian di kalangan pasangan muda makin naik seperti mana naiknya harga barang di pasaran?Adakah kita seorang wanita yang telah mendalami ilmu ALLAH yang disampaikan Rasul SAW tentang hak suami yang sangat besar untuk ditunaikan? Ehem..hak isteri juga besar ya, wahai abang-abang di luar sana. 

Ohh jangan takut dengan soalan saya… Saya tanya je, jangan tak jadi kahwin pula :P Jangan terus tinggalkan persiapan walimah dan membuat dulang hantaran.Saya dulu ada juga dulang hantaran berisi terjemahan dan tafsir Al Quran – yang alhamdulillah masih dibaca hingga kini. Berisi sepasang kasut yang hingga tahun ini saya pakai, tapi beberapa minggu lepas anjing liar telah menceroboh masuk dan menggigit kasut hantaran saya itu :(. Ada hantaran handbag yang juga setiap masa setiap tempat dipakai hingga tercabut dah talinya. Ada kek sederhana besar warna biru yang selamat dinikmati sanak saudara di malam majlis walimah. Itu saja… lima dulang dari saya pihak perempuan. Saya ada kongsikan serba sedikit di sini tentang persiapan majlis walimah saya di sini.

Saya mengajukan persoalan-persoalan di atas sebab dulu tak ada sesiapa tanya pada saya. Saya tahu secara umum saja perkahwinan itu ada konflik-konflik yang berat. Saya tahu secara kasar saja bahawa seorang isteri ada tanggungjawab yang besar pada suami. Ehh…mungkin ada kot yang menimbulkan persoalan seperti itu, tapi tak sedar :PDan ternyata persediaan dan persiapan saya sangat minimima tentang bagaimana peranan seorang isteri mengisi sebuah perkahwinan yang bahagia. Hinggakan awal-awal berkahwin dulu ada juga saya rasa,“Adakah saya telah tersalah timing masuk ke alam rumahtangga?”“Adakah saya tersalah langkah masuk ke alam poligami?”“Adakah suami saya telah tersalah memilih saya sebagai isteri?”“Adakah saya terburu-buru menikah pada usia 24 tahun 4 bulan?”“Adakah saya sebenarnya tidak bersedia untuk bernikah?”

Hehe.. dan bila berkongsi dengan beberapa isteri lain, mereka juga turut timbul pertanyaan sebegitu selepas berkahwin gara-gara kebingungan dengan konflik-konflik bersiri yang terjadi dengan suami. Tapi ada juga isteri yang cool, tak konflik sungguh-sungguh dengan suami."Laa...kenapa kalian berkonflik sampai macam tu?? Nampak kalian macam serasi je...?? Macam pasangan bahagia je..??"Sebab lelaki perempuan tak compatible, hmmmm tapi bukan sebab itu sebenarnya.

ALLAH mencipta kita semua dengan sempurna. Kita yang tak cukup ilmu mengurus incompability :PYa, bagi sebahagian orang, hanya dua hari pertama bernikah yang memang best. Perfect. Atau dua minggu pertama memang best. Tak berenggang, asyik duduk dalam bilik. Ada magnet luar biasa antara suami isteri. Senyum terpamer selalu di wajah. Tapi selepas dua bulan, welcome to the real life :DTamat fasa honeymoon, datang fasa berkonflik. Janganlah terus ke fasa perang dunia ketiga ya. Perfectly normal jika ada konflik. Namun berkonfliklah dengan matang, ikhlas dan terbuka. (Berkonflik dengan ikhlas, maksudnya - berkata-kata dan bertindak dalam batas yang diredhai ALLAH).

Jangan melancarkan perang dingin, tak bercakap dan tak bersentuhan. Jangan keluar rumah tanpa izin ya wahai isteri wahai suami… Bila bergaduh, atau timbul apa-apa tak puas hati – tenangkan perasaan hati sendiri dulu. Kemudian tenangkan suami, tak kisahlah siapa yang salah.Aik…mana boleh??? Bukan saya yang salah???!! Yelah, memang kita ‘perasan’ kita tak salah, tapi kita kan nak bercinta hingga ke syurga, bukan hingga ke kamar mahkamah atau pejabat agama, jadi ikut petunjuk Rasul dalam membina keharmonian berumahtangga - isteri dianjur menenangkan suami.

Tahu tak kenapa suami pilih kita sebagai isteri? Sebab kalian nampak sweet, sopan, lemah lembut, matang, bertenang, seksi, solehah, menyejukkan pandangan – lantas harapan suami menggunung bahawa kalian akan menebarkan kasih sayang dan ketenangan pada suami. Bahawa kalian akan selalu menggembirakan dan menghiburkan hati.Sekali, bila dah kahwin – baru nampak wajah kelat mencuka pasangan, baru nampak jelingan marah mengganti renungan redup sewaktu zaman dating dulu. Baru tahu suami punya bilik macam tongkang pecah. Pakai t-shirt sampai tiga hari dah berbau tapi tak perasan. Baru tahu isteri tidur berdengkur kuat dan suka mandi lama-lama sampai asyik terlambat keluar rumah. Dulu suami tak kisah belanja makan setiap kali keluar dating sekarang nak beli ikan sardin satu tin pun suami akan pertikai… Hehe… Jangan marah ya suami, isteri...

Jadi, sama-sama kita hebatkan diri wahai isteri. Jadilah seperti harapan suami. Hantarkan diri sebagai seorang wanita solehah kepada suami - the best thing a man can have. Seorang isteri yang benar-benar datang dari acuan islam akan menjaga kebajikan suami dan berusaha memasukkan kegembiraan dalam hati suami. Akan belajar mengangkat suami sebagai pemimpin di sebalik kelemahan suami, memotivasi bila diperlukan.Seperti dulang hantaran pernikahan, luar dalam begitu mahal dan berseri dihias. Diri ini lebih berharga, maka cantikkan penampilan, pakaian dan akhlak luaran depan suami, lunakkan kata-kata yang terbit dari lidah. Cantikkan kulit, sihatkan tubuh dengan senaman. Biasakan mengukir senyuman. Untuk dalaman – yang bernama hati – biasakan zikrullah pada tuhan. Bersihkan dari keegoan dan kemarahan. Teguhkan hati dan isilah ia dengan kemaafan, kesabaran, kelembutan baaaaaaaaaaaanyak-banyak…..

Bila isteri sebagai timbalan pemimpin dalam rumahtangga sangat berwawasan dan positif, suami juga akan terdorong untuk memberi lebih kebahagiaan pada isteri dan famili. Belajar merungkai kesalahan pasangan dengan hikmah, bukan dengan marah melulu apatah lagi mencari-cari kesalahan suami untuk dibentangkan depan suami. Tak, tiada siapa yang suka dikritik dengan lantang apatah lagi dengan senarai panjang. Satu-satu, bertahap-tahap. Akui juga kelemahan dan keburukan diri kita.Untuk menjadi timbalan pemimpin yang bagus dalam rumahtangga bukan sehari dua atau sebulan dua. Belajar teori, dan istiqamah membinanya di alam realiti. Bermulalah dari sekarang, maka anda diseru untuk bernikah dengan hati terbuka :)

Kesimpulannya, hebatkan diri sebagai isteri, tenang-tenang saja dengan persiapan walimah dan gubahan dulang hantaran yang masih tak siap lagi. Jom…saya juga ingin sama-sama belajar dengan kalian menjadi isteri yang dicintai suami diredhai ALLAH. Fokus pada bagaimana seharusnya kita menghantar diri ke alam rumahtangga yang suami impikan. Bagaimana untuk menjadi menantu dan ipar yang memberi manfaat pada keluarga suami. Bagaimana untuk perkahwinan kita ini memberi nilai tambah pada ummah … Selamat bercinta di syurga dunia :)

Copied from kak nurul adni untuk ingatan diri Dan perkongsian bersama

Aku yang berdosa

Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakanMu
Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padaMu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Chorus

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku
Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud Untuk ke syurgaMu

Segalanya dusta Gelap mengaburi ku

Ulang Chorus

Ya Allah apa yang bisa Ku tebus kepadamu Atas dosaku

Ya Allah hina terasa Biarku bersujud Untuk ke syurgaMu


Sunday, 4 November 2012

Loser

Astaghfirullahal adzim... 
Banyaknya lalai diri ini.Banyaknya lalai hati ini.
Ya Allah ampunkan aku..
:'(

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. "(Surah Al-Ashr ayat 1-3)

Allah.. Allah.. Allah... warkah cinta darimu ini mengetuk pintu keswdaran..
Banyak masaku terbuang. Lalainya aku.

Bermuhasabah sendiri. Apa tujuan hidupku.. untuk apa aku buat semua ini.. dunia? Sampai Bila...malaikat maut sentiasa mengintai menunggu masa menjalankan tugasnya Dan aku masih lalai.. aku hanyut.. disana Nanti, kalau tuhan Tanya apa aku buat sepanjang hidupku. Apa nak jawab?? Malunyaa... Dia bagi segalanya tapi aku tak bersyukur..

Aku gunakan pinjaman darinya diguna kearah maksiat..
Aku punya Mata cantik..tapi aku tidak Jaga pandangan.
Aku punya bibir cantik..tapi diguna untuk mengumpat. Kalau ketawa sampai tak ingat dunia..
Aku punya tangan cantik..tapi aku guna untuk membuang masa.
Aku punya kaki cantik..tapi aku bawa pergi ke tempat maksiat..

Allahurabbi. Hinanya diri ini. Lalai dalam mengejar duniawi. Berkali aku ingatkan diri. Jangan lalai. Jangan lupa Allah. Tapi aku hanyut jua. Jangan salahkan siapa siapa.. aku sendiri tidak menjaga hati.. qalbi pemberiannya.. sihat qalbi sihatlah seluruhnya..

Allah. Ketuklah hatiku Berkali Kali supaya aku tidak terus hanyut. Berilah aku ujian andai itu akan mendekatkan aku padaMu. Jangan biar diri ini terus lalai..

yang paling aku Takut.. aku gelak tawa riang bersama teman, malaikat di bahu kiriku mencatat memberatkan mizan, hati lalai tak sedar, malaikat maut datang menjalankan tugasnya Dan aku tidak sempat bertaubat memohon ampun padaMu.. nauzubillah...


Thursday, 1 November 2012

1november2012

Welcome November. Please be nice to me ;)

Oh Allah, please bless us! Aminn..