weloveweshare

Sunday, 27 March 2011

CHARLIE QUEEN ATAU RATU KUMBANG ROVE

Salam uolsss,
Kenal tak kumbang rove atau nama glemer dia charlie?
Ramai lagi yang tak kenal dengan MR. CHARLIE ni kan. Tapi bila dah berkenalan pasti akan rindu sampai bila2. Huiii, mana tak nya, penangan kena kiss dengan MR.CHARLIE ni memang dahsyat okayy!

Charlie atau nama lain Kumbang Rove ni adalah serangga yang biasa terdapat di Malaysia dan sangat berbisa Badannya mengandungi toksin  'paederin' yang boleh menyebabkan penyakit 'paederous dermatitis'. Penyakit ni menyebabkan rasa hot-hot pada kulit. Charli ni dia tak menyengat atau menggigit tau, cukup dengan menyentuh badannya saja sudah berbisa!

Charlie ni biasanya banyak terdapat kat kawasan bendang. Sebelum ni cikmanis duk pantai timur tak pernah jumpa. cikmanis kenal ngan Charlie ni masa study kat sinilah, Kedah darul aman yang kaya dengan jelapang padi.

Charlie ni juga dikenali dengan nama tempatan Semut Semai, Semut kayap atau Kumbang Rove. Saiznya kurang dari 1 cm, berwarna oren gelap dan hitam. Charlie mempunyai sepasang sayap keras. Biasanya ia akan merangkak dengan cepat kelihatan seperti semut biasa. Namun, bila kita kacau dia, badannya akan melengkung serupa dengan kala jengking untuk menakutkan kita.




MAKLUMAT KUMBANG ROVE
Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Class : Insecta
Order : Coleoptera
Family : Staphylinidae
Species : Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie etc.
Yang Menyebabkan Reaksi Kulit
Kumbang ini tidak menyegat atau gigit. Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan
(kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di

Nah sini cikmanis belanja gambar kena kiss dengan MR.CHARLIE.
rasanya best..panas..pedih..gatal..hekhekhek
neh gambarnye..
ni masa awal2..

hari kedua

hari keempat

hari kelima..masa ni tunggu turn nak jupe doc

Ya Allah,Engkau yang memberiku penyakit ini..Engkau jualah yang menyembuhkannya....
moga cepat sembuh...!!ameen..

(T_T)

No comments:

Post a Comment

kata anda..