Bismillahirrahmanirrahim, saya menulis
dengan nama Allah. Entry kali ini membuatkan sudut pandang saya berubah
360 darjah. Temukan setiap masalah dan kekurangan dalam hidup pada titik
positif. InsyaAllah semuanya akan menjadi indah dan manis. Kali ini
saya muatkan satu edisi siasat, bedah hati seorang isteri dalam
merungkai persoalan hati seorang suami.
Kenapa awak menerima saya?
Kenapa awak menerima saya sedang awak tahu yang saya cuma orang biasa,
tidak sepadan bergandingan dengan awak yang memiliki semua kelebihan
berbanding saya. Ceritalah dengan jujur, saya ingin mengetahuinya. Siapa
saya pada pandangan awak.
SUAMI : Saya seorang yang tidak berharta. Kenapa awak menerima saya?
ISTERI : Saya bermodalkan Firman Allah SWT;
"Dan nikahkanlah orang-orang yang bersendirian di antara kamu, dan
orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang
perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan
kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(Al-Nur: 32)
Saya bersangka baik dengan Allah,
janji-Nya pasti dipenuhi. Saya melihat harta dalam konteks yang lebih
luas. Mudah-mudahan Allah akan menganugerahkan anak-anak yang soleh
sebagai harta buat kita. Jariahnya tidak habis-habis walau sampai kita
ke alam sana.
SUAMI : Saya seorang yang tidak berjawatan tinggi. Kenapa awak menerima saya?
ISTERI : Saya bertawakkal kepada Allah. Firman Allah SWT; "Barangsiapa
bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan
keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan
barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan
mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang
dikehendaki-Nya. sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi
tiap-tiap sesuatu." (Al-Talaq: 2-3) "Saya menganggap ini ujian yang sedang Allah berikan pada saya. Mudah-mudahan suatu hari nanti akan ada jalan keluarnya. Sementara kita temui jalan keluarnya, akan saya jadikan ini sebagai ladang amal buat saya untuk bercucuk tanam benih-benih pahala di dalamnya.
ISTERI
: Saya memahami bilamana Allah tidak memandang rupa manusia, kenapa
perlu saya melampaui tentang hal itu? Sabda Rasulullah SAW; "Sesungguhnya
Allah tidak memandang kepada rupa kamu, juga tidak memandang kepada
harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu." (HR
Muslim)
Saya
menerima bahawa saya juga tidaklah secantik bidadari-bidadari yang
diciptakan Allah itu. Kecantikan dan ketampanan itu anugerah Allah.
Orang yang memiliki fizikal yang menawan lebih cenderung untuk merasa
takjub pada kelebihan yang ada padanya. Pintu-pintu fitnah lebih dekat
pada mereka. Begitu juga pada pasangan mereka. Sedang orang yang
sederhana itu, hatinya sentiasa tunduk dengan menerima kekurangan yang
ada. Mudah-mudahan tidak ada fitnah ke atas awak yang akan memberatkan
jiwa saya suatu hari nanti.
SUAMI : Saya seorang yang sudah tidak beribu dan berbapa. Kenapa awak menerima saya?
ISTERI : Ibu ayah awak adalah ibu ayah saya juga. Firman Allah SWT; "Dan
Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu
bapa." (Al-Isra': 23)
Saya bersyukur pada Allah atas taqdir ini. Allah telah menyelamatkan
saya daripada tersalah melakukan sesuatu yang mungkin menyakitkan hati
orang tua suatu ketika nanti. Allah telah meringankan sebahagian
daripada sebab-sebab yang memungkinkan saya melakukan dosa secara sedar
atau tidak.
SUAMI : Itu saja? Ada lagi tak?
ISTERI : Ya, yang paling penting saya menerima awak adalah kerana agama yang ada pada awak. Sabda Rasulullah SAW; "Apabila
datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan
akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan
terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas." (HR Tirmidzi)
Saya takut andai saya menolak, sesuatu
yang buruk akan berlaku. Dan ketahuilah wahai suamiku, sesungguhnya nama
kita telah disandingkan di langit Allah. Awaklah yang telah tercatat
kemas untuk saya di Luh Mahfuz. Awaklah imam, nakhoda dan ayah kepada
anak-anak kita nanti. Mudah-mudahan saya sudah dikira lulus dalam ujian
ini.
SUAMI : Alhamdulillah. Awak adalah satu keberuntungan buat saya. Sabda Rasulullah SAW; "Barang
siapa diberikan isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah
diberikan pertolongan untuk meraih separuh daripada agamanya. Kemudian
hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang lagi separuh."
(HR Thabrani dan Hakim)
Alhamdulillah... Kesemua yang terlakar
diambil sebagai turning point kepada matlamat sebenar sebuah
perkahwinan. Saya sediakan jawapan ikhlas ini buat bakal suami saya
suatu hari nanti. Ayuh wanita! Berkongsilah apa yang ada pada
kalian, jadilah sesuatu yang menguntungkan orang lain yang dengannya
tidak sedikitpun merugikan dirimu. Win-win situasion diredhai Allah.
^______^