Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Allah, sesungguhnnya hati ini dalam genggamanMu, milikMu.
Allah, bersihkanlah hati ini dari segala karat jahiliyah.
sucikanlah hati ini dari segala kekotoran sifat mazmumah dan segala jenis penyakit hati..
aminn ya Rabbal 'alamin..
hati menangis.
kenapa? ..kerana ditipu..
siapa yang tipu kau duhai hati?? ...kaulah yang menipu..
siapa?? ..kau, kau yang Allah pinjamkan hati ini..
aku menipu hati..?
ye. benar! aku penipu. aku menipu hati sendiri.
aku kata aku cinta Allah. benarkah dalam hati ini aku benar-benar mencintaiNya?
benar aku cinta. tapi kenapa aku menipu?
Allah.. ampunkanlah aku..
lemahnya hati aku..
dalam mujahadah, hati ini masih diterobosi sang nafsu.
aku tertunduk lemah.
berilah aku peluang lagi ya Allah, untuk ku buktikan cinta dalam hati ini..
Allah moga tidak Kau keraskan hati ini. bukakanlah pintu hati ini...
Walau kelam sudah,
Walau telah jatuh,
Walau tersesat jauh,
Namun ku punya hati
yang mahu mengerti,
Ya, mahu mengerti..
Kerana aku masih insani,
Aku mahu mendengari,
Kerana itulah aku mencari....
sesungguhnya adalah kerana hati.
Ketika ini,
Aku ingin berkata,
Maafkanku wahai Hati,
Aku telah mengingkari,
Aku telah memungkiri,
Aku telah menodai.
YA RABB..
Selamatkanlah hatiku
Simbahinya dengan cahayaMU,
Kurniakanlah setitik kasihMU,
Agar hilang dahaganya,
Agar ia sedar akan kesesalanku.
No comments:
Post a Comment
kata anda..