weloveweshare

Friday, 10 June 2011

sejarah kita

Ini Sejarah Kita (Inilah kita)

Suatu ketika, Allah telah menetapkan kita untuk lahir ke dunia sebagai seorang bayi. Ya.Kita semua menangis.Agak menghairankan ,dalam tangisan itu, ibu bapa kita menyambutnya dengan perasaan riang dan gembira. Kita dipeluk .Kita diazankan oleh suara merdu ayah,suara yang memuji kebesaran Allah jalla wa ala. Kita mendengar sayup-sayup kerana pendengaran kita masih lemah. Kemudian kita disayangi dan dikasihi sepenuh hati. Segala tingkahlaku kita jadi hiburan bagi si ibu. Tawa senyum jadi pengubat lelah si ayah. Kita tidak tahu apa itu makna kasih sayang , tetapi kita dapat merasainya dalam lubuk jiwa yang terdalam. Kita sayang ibu dan ayah!

Perlahan-lahan kita mampu merangkak, kemudian berdiri, kemudian mula bertatih, kemudian bejalan sebelum kita mampu berlari. Dari mesej berupa tangisan, kita mampu mengungkapkan perkataan ,’ma,’’ ‘abah’’ , lalu kita dipuji dan dicium pipinya. Kemudian kita berceloteh walaupun kabur dengan butiran katanya.  Ma dan abah sudi mendengarnya walaupun bukan sedikit mereka tidak memahaminya. Berkerut-kerut dahi cuba menterjemahnya. Namun tidak mengapa. Semuanya demi anaknya yang tercinta. Dan kini kita sudahpun menjadi seorang remaja. Remaja yang mempunyai jiwa yang inginkan kebebasan. Bagi kita dunia ini kitalah empunya. Bagi kita, ma dan abah hanyalah penyekat kebebasan.’Aku ingin bebas laksana burung!!’’Laung kita dalam hati.’’ Biarkan aku dengan halatuju hidupku!!’’ Namun tak terungkap. Tapi jiwa ini terus memberontak.. Sehinggalah….

Kita ini sudah mempunyai dua cahaya mata. Cukup menyerikan kehidupan bersama pasangan . Dunia indah. Segala yang lalu amat bermakna dalam bekalan selepas ini. Ya. Yang sulong hampir 24 tahun umurnya.  Yang kedua masih berada di tingkatan 3. Kedua-duanya adalah perempuan. Alhamdulillah. Segala-segalanya telah sempurna bagi kita. Kita hidup bukannya mewah , sekadar memiliki sebuah proton Wira yang berusia 3 tahun,wang saraan pencen RM 2,000 sebulan . Ini tidak termasuk dengan wang ganjaran RM 200,000.00 .

Bulanannya kita menerima wang yang dikirimkan oleh anak.Minggu depan dengar kata anak perempuan sulong kita akan melahirkan cucu sulong kita. Namanya..cukuplah dengan gabungan . Ilham Syauqie, Frouqie Fouzie vagi lelaki . Kalau anak perempuan Natasya Petra atau Farisya Nadia,.. Pilih je yang mana..Kita ini telahpun menjadi datuk dan nenek. Usia kita…62 ? Oh ,masih muda lagi. Golf, kelab, makan-makan, santai-santai bersama isteri di Pusat Peranginan Cherating,... sesekali keluar bersama kawan-kawan di Starbuck,takpun Whitecoffee. 3-4 jam pun sudah cukup memuaskan hati. sembang-sembang sambil menghisap cerut sebatang dua.. Sesekali ,kita bermain mata. Cashier dan Waitress jadi siulan. Bukan apa, saja nak test angin muda..

Cukup cepat masa berlalu.. Betul orang kata, masa itu pencemburu yang setia. Andai kita tidak menebas masa, masa akan menebas kita.

Apa yang kita buat ya sepanjang hidup kita? Makan. Minum . Tidur. Membuat anak. Kerja .Bergembira. Rekreasi. Ah.. aku robot???? Mana ada.. Bukankah hidup ini cukup bermanfaat bagiku. Kerja bagus, orang pujaan, jadi contoh manusia lain. Aku contoh bagi kawan-kawan dan saudara mara.Siapa tak kenal. Ini AKU la.

Eh, kenapa dada kita terasa sakit. Ya Allah!! Apakah malapetaka ini ??? Kenapa dada terasa perit sekali.’’ Sayang, tolong urut saya, dada saya sakit…perit yang amat’’. Pandangan kita kabur. Rasa sakit. Tidak terperi..Senyap..sunyi…
Eh, gelapnya…di mana ini? Mana hartaku? Mana rumahku? Mana suami isteriku? Mana pangkatku?  Mana orang yang selalu memujaku? Aku tiada masa bergurau senda. Bangunlah wahai diri. Kerja di rumah masih berlambak..  Eh?Eh? Sakit itu masih terasa ,sehingga kita dikejutkan dengan pertanyaan….

Karya terbit selepas maghrib
6/6/2011...

No comments:

Post a Comment

kata anda..