Entry kali ini cikmanis nak bincangkan mengenai simpul biawak? Eh pelik ke tak pelik bunyi nye bagi korang? Bagi cikmanis sedikit pelik sebab sebelum ni tak pernah dengar. Masa mengandung ni baru dengar. kuikuikui..
Takpelah, apa pun jom kita kenali apa itu simpul biawak???
Simpul biawak adalah satu keadaan dimana otot kaki menjadi kejang dan mengakibatkan rasa sakit. Bahasa lain kita guna untuk simpul biawak ni jga adalah seperti cramp, kejang, tarik otot dan sebagainya loghat yang korang guna. hehe
Ia biasa dialami oleh ibu-ibu mengandung. So, bagi ibu mengandung yang mengalami masalah simpul biawak atau cramping ni jangan risau, pasti ada cara untuk elakkannya. Cikmanis ada share pasal Cara elak cramp ketika hamil di entry sebelum ni(klik je ok).
Masalah simpul biawak ni biasa terjadisemasa kehamilan trimester kedua dan ketiga, yang mana ketika itu banyak kalsium diserap oleh bayi untuk proses tumbesaran.
Di bahagian mana ia terjadi? Simpul biawak biasanya melibatkan otot betis. Ia kerap terjadi pada waktu malam dan menganggu tidur ibu-ibu. Ianya akan berlanjutan selama beberapa minit dan menyebabkan rasa yang sangat sakit tetapi tidak merosakkan otot kaki.
Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil:
- Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
- Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
- Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.
Jika anda mengalami simpul biawak atau kekejangan ini, ada beberapa yang boleh anda lakukan, iaitu buat regangan, urut bahagian yang kejang dan berjalan perlahan-lahan hingga sakit hilang. Selain itu, anda boleh elakkan simpul biawak ni dengan pengambilan supplemen yang sesuai.
Cikmanis jual Shaklee jugak,
013-336 1614(text)
013-343 9646(w/app)