weloveweshare

Saturday, 31 March 2012

istajib du'a ana

<<Dia (Allah) yang mendatangkan kegusaran dan kegelisahan dalam bentuk dugaan, maka Dia jugalah yang akan mendatangkan kegembiraan dalam bentuk kejayaan>>

Biar berlinangan air mata
ku takkan hentikannya
biarkan ia menyembuh luka
hilanglah rasa duka
tidak ku termampu merentasi liku-liku
oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
oh sungguh ku tak upaya

jangan di biarkan jerih perih kehidupan
bisa meleraikan iman kan hancur semuanya
walaupun menitis air mata darah
tak bisa merubah segalanya
melainkan taubat nasuha
moga kan di terima

Ya Rabb..Ya Rabb
istajib du'a ana

namunku percaya masih ada kesudahannya
kerana Allah itu Maha Kaya Maha Mendengar
rintihan hamba-hambaNya
kerana sesiapa bertaqwa kepadaNya
pasti akan ada jalan keluarnya
rezeki yang tidak di sangka-sangka
cukup Allah baginya berkuasa segala-galanya
terima seadanya

Biar berlinangan air mata
ku takkan hentikannya..!

aku bukan maksum, begitu juga kamu

Bismillahirrahmanirrahim..




dear you, you and you,
maksum bermaksud terpelihara dari melakukan dosa. kita hanyalah hamba Allah, umat nabi saw.. maksum itu hanya layak bagi para nabi, bukan pada manusia biasa seperti kita. sedarlah bahawa setiap antara kita pasti pernah melakukan dosa. siapakah antara kalian yang tidak pernah berdosa? pasti tidak ada. namun, Allah itu Maha Penerima Taubat hambaNya yang berdosa. Dia Maha Baik, pasti mengampuni dosa yang telah kita lakukan walau sebanyak buih di lautan. lakukan taubat nasuha! namun, sekalian insan.. janganlah kamu mengharapkan maksum itu dari yang bukan maksum. walau kita sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik, sehebat mana pun usaha kita untuk elak dari dosa, kita tetap akan 'ter'buat salah jua. lumrah manusia begitu. manusia hanyalah hamba yang lemah, tempat pergantungan hanya padaNya. itulah ujian Allah untuk manusia. supaya manusia itu bersungguh-sungguh melakukan kebaikan. fastabiqul khoirat!! tapi jangan diharapkan maksum itu dari manusia seperti kita.wallahua'lam.
wassalam.


*maaf andai tersalah bicara.yang baik itu ilham dari Allah, yang buruk itu dari salah silap sendiri :)

Redha Allah terletak pada redha mak dan abah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
salam mahabbah penuh cinta dan kasih Lillah ;)



cinta yang terlahir sejak dari kita lahir pastinya adalah cinta pada mereka. mereka itu mak dan abah kita. hilang mereka tiada gantinya. itulah cinta sejati yang wujud dari hati penuh suci dan ikhlas. anak kecil itulah yang paling ikhlas hatinya, oleh itu cinta anak kecil itu pastinya jua ikhlas. namun, menginjak dewasa, mengapa cinta yang paling ikhlas itu ditukar ganti dengan cinta monyet atau cinta lain dari teman lelaki/wanita anda? muhasabah diri.

AWAS!! benar cinta itu buta,  namun jangan sampai kita tidak merasa dengan hati cinta yang paling dalam itu, jangan kita buang cinta itu. kitalah manusia yang paling rugi andai cinta ibubapa kita buang begitu sahaja.

"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23)

renungi kembali...sepanjang kita diatas muka bumi Allah ini, apakah yang telah kita lakukan untuk mereka? adakah kita lebih banyak membahagiakan mereka? Alhamdulillah, jika ya jawapannya. berapa kalikah ibubapa kita menangis terluka disebabkan kita? Astaghfirullah.. beristighfarlah.. moga Allah mengampuni dosa-dosa kita.



Allahurobbi.. sebak mengingatkan apa yang telah kita lakukan kepada mereka. tiada istilah terlambat. sedarlah sekarang, bangkitlah. jika mereka masih hidup, lakukanlah kebaikan untuk mereka, bahagiakanlah mereka. andai mereka sudah pergi menghadap Yang Esa, berilah mereka yang terbaik iaitu jadilah anak yang soleh. ingatlah bahawa doa anak yang soleh itu sampai kepada mereka diSana, inshaAllah.

"keredhaan Allah teletak pada keredhaan ibubapa"

hadis ini membenarkan bahawa hubungan anak dengan ibubapa. baik anak itu terhadap ibubapa mereka sehingga mereka meredhainya, maka redha Allah mengiringi anak itu. namun, jika ibubapa tidak redha dengan perbuatan anaknya, maka murka Allah jualah yang mengiringinya.

walaubagaimanapun, lihat jua dari aspek apakah perbuatan anak itu lakukan yang mengundang ketidakredhaan ibubapa. maksud disini, andai ingkar kepada ibubapa untuk mengelak dari maksiat, ia tidak termasuk kategori derhaka.

Rasulullah saw telah bersabda;

"menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. maka jika disuruh untuk melakukan maksiat tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya"


namun disini, selagimana arahan mereka tidak bercanggah dengan suruhan Allah, taatilah mereka. andai adapun mereka itu kufur, jadilah anak yang tetap mempunyai adab dengan ibubapa, hormatilah mereka sebagai ibu bapa anda.

” Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil”

semoga bermanfaat, wallahua'lam.
wassalam. 

jika terakhir buatku

:'(

Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia

Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara


Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu

Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu

Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba


lembutkanlah hatiku

Bismillahirrahmanirrahim..

mari tengok dulu video dari penceramah feveret, ustaz Don :)


Allah, aku datang padaMu..padaMu aku merintih..padaMu aku menadah..aku hanyalah hambaMu..
Allah, Engkaulah yang memegang hati-hati kami, jangan kau keraskan hati kami, janganlah Kau jauh dari kami.. sungguh kami tiada apa-apa tanpaMu..Allah, lembutkan hati-hati kami.... :'(




saya dapatkan tips/ doa ini dari page The Sharpest Sword. moga ia bermanfaat buat semua, inshaAllah.

Doa Pelembut Hati
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dielmbutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:

Baca surah Al-Fatihah
الفاتحة
Baca Ayat di Bawah:
لَوْ اَنْزَلْنَا هَـذَا اَلْقُرْآنَ.............الخ 
Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy.

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
 
اَللَّّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ 
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"


Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum. 

* di ruangan ……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri

wallahua'lam..

Friday, 30 March 2012

bila Allah sentuh hati dengan hidayahNya

sisters and brothers, salam alaik..


 Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas ayat 56).



 hidayah itu adalah milik Allah Yang Maha Kuasa. hanya Dia yang mempunyai kuasa veto berhak memilih siapa sahaja hambaNya untuk diberikan hidayah, berjalan dijalan Islam yang sebenar. bersyukurlah dengan sepenuh hati milikNya itu andai terasa diri sudah diberi hidayah dariNya. tiada siapa yang dapat merasainya kecuali dirinya yang telah dipilih Allah itu. Subbhanallah, hebatnya Dia.




Allah, segala pujian hanya untukMu. tidak puas memuji Dia. syukur tidak terhingga. Alhamdulillah ya Allah. andai aku antara orang yang telah dipilihNya, berilah aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan ini. pastinya pahit, namun kaki harus terus melangkah.. pujian hanya untukNya lagi, Tuhan Yang Maha Hebat.. melihat insan-insan sekeliling yang telah diketuk hatinya dengan hidayahMu. Allah..Allah..Allah.. andai dulu dia seorang yang panas baran, sekarang seperti telah menjadi insan lain. andai dulu dia seorang yang tidak menjaga solat, sekarang menjadi gelisah jika terlewat melakukan solat. andai dulu dia merempit, sekarang dia telah bergelar ustaz, memberi ceramah di masjid-masjid.. Subhanallah.. Hebatnya Allah... Hebat hidayahNya.. hanya dengan setitis hidayah, mampu mengubah seseorang menjadi orang yang berbeza... *sebak*

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat. (Surah al-Fatehah, Ayat 6-7).

dalam diri setiap insan itu pasti ada terdetik niat ingin berubah. ini kerana fitrah manusia adalah baik. semua manusia inginkan kebaikan. carilah hidayah Allah itu..
benar, hidayah itu milik Allah, namun sebagai hamba kita tidak boleh hanya dengan menunggu hidayah itu datang. usaha mencari hidayah itu perlu dilakukan!

bagi yang telah diberi pertunjuk olehNya untuk berubah, teruskan istiQomah, inshaAllah Allah sentiasa bersama. pahit dalam perjalanan adalah lumrah kerana mahar untuk ke syurga bukannya murah, ia perlukan mujahadah! dan mujahadah itu pahit, kerana syurga itu indah :) moga kita diberi tempat diSana nanti, ameen..
usah merasa rebah andai ada yang cuba menjatuhkanmu. itu mungkin salah satu ujian dari Allah. ingatlah, orang beriman itu pasti akan sentiasa diuji imannya. Yakinlah akan janji Allah, kuatkan diri anda. Allah sentiasa bersama :)
insan sekeliling, ibubapa, saudara mara, sahabat handai.. andai ada insan di sekelilingmu yang telah kau sedari perubahan mereka, berilah sokongan. jangan pula bekerjasama dengan syaitan laknatullah menjatuhkan mereka. andai hati anda masih belum disentuh, berdoalah, letakkan sepenuh harapan kepada Allah, cari jalan untuk mendapat hidayahNya.


 Perubahan bukan menyuruh kita berubah dengan mendadak, inshaAllah berubahlah sikit-sikit, dari sikit itulah ianya akan menjadi banyak. Mulalah dengan meninggalkan segala yang dilarang, melakukan segala yang dikehendaki, mendirikan solat lima waktu, bersedekah, membuat baik kepada yang muslim dan bukan muslim, memyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan sering menghadiri majlis ilmu serta terus memohon doa kepada Allah agar diberikan hidayah, berdoa dan terus berdoa kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk menepis segala hasutan syaitan dan godaannya.

 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

marilah kita sama-sama berusaha untuk mencari hidayahNya, moga Allah merahmati kita semua, ameen ya Rabb.. wallahua'lam.

khauf kepada Allah

Assalamualaikum wbt......

graf iman seseorang pastinya ada naik dan ada waktu ia turun. Allahurobbi, takutnya kalau iman itu lari. Ya Allah jangan Kau ambil nikmat iman dan islam yang telah Engaku beri kepada kami ini, ameen.... kurang atau tiada rasa takut kepada Allah itu boleh menyebabkan iman kita berkurang.

jadi entry kali ini untuk meningkatkan rasa khauf kepadNya. saya ambil pengertian khauf ni dari blog peribadirasulullah :

1. Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
2. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”.
( Surah Al-Baqarah – Ayat 40 )
3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya.
4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.
5. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t.
6. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.
Rujukan : Tasauf di Dalam Islam – Datuk Hj.Md.Yunus bin Hj. Md. Yatim.
( Bekas Mufti Negeri Melaka )

apabila rasa khauf atau takut kepada Allah hilang dari dalam diri kita, maka ini adalah tanda kurangnya pengetahuan kita terhadap Allah. orang yang paling tahu banyak tentang Allah adalah orang yang paling takut kepadaNya.  Allahurobbi..... oleh itu, perlulah kita berusaha menambahkan pengetahuan iaitu;

    >>pengetahuan tentang dosa dan kejelekan akibat melanggar peraturan/suruhanNya.
    >>percaya/membenarkan akan ancaman Allah iaitu seksaan dari Allah atas segala dosa yang telah kita lakukan.
    >>mengetahui akan adanya kemungkinan penghalang antara dirinya dan taubatnya.


takutnya andai tiada sekelumit pun rasa khauf dalam diri terhadap Yanag Maha Kuasa. pelbagai musibah menimpa diri jika tiada rasa khauf.


- kita pasti tidak takut untuk melakukan maksiat sebab nafsu dalam diri kita sentiasa cenderung untuk melakukan perkara jahat. oleh itu kita harus jinakkan nafsu denga rasa khauf kepada Allah.


-merasa diri sangat hebat. Astaghfirullah, sesungguhnya Maha Hebat itu hanya layak bagi Allah. tanpa rasa khauf itu akan membuatkan kita merasa hebat seperti merasa ujub dan sombong.
Abdullah bin Mubarak pernah mencela nafsunya sendiri dengan berkata: "Ucapan anda seperti ucapan orang zuhud, tapi perbuatan anda seperti perbuatan orang munafik. Sementara anda ingin masuk surga. Jauh amat..!, mana mungkin..? Surga itu ada orang-orangnya sendiri. Orang-orang yang masuk surga itu tidak beramal seperti yang anda lakukan."
ucapan itu diulang supaya diri tidak merasa ujub. Allahu Allah.. :(


-tidak ada raja' (harapan) kepada Allah. Allah, renungi diri sendiri.. adakah kita sentiasa mengantung harapan kepada Allah semata? atau merasa sesuatu yang kita lakukan adalah hasil usaha kita? tidak ada khauf dalam diri, maka mana mungkiin sifat raja' itu akan ada dalam diri kita :(


"Sesungguhnya mereka itu tidak lain syaitan-syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku jika kamu benar-benar orang yang beriman." [QS. Ali Imran: 175]. Takut, dalam Islam juga diposisikan sebagai ujian, sebagaimana difirmankan oleh Allah dalam Al Quran,


semoga dengan ini kita akan sentiasa  berusaha meningkatkan rasa khauf kepadaNya dalam diri. sedarlah kita hanyalah hambaNya, sangat kecil dan kerdil disisiNya. kita lebih kecil dari kuman. Allahurobbi T_T

wallahua'lam, semoga bermanfaat. wassalam..

sunnah bermusafir

salam alaik..

sebelum melabuhkan tirai, ingin dikongsikan serba sedikit secara ringkasnya adab bermusafir mengikut sunnah rasululah saw.. ;)



Antara perbuatan/sunnah Rasulullah dalam bermusafir ni

  • Rasulullah suka musafir pada hari Khamis dan bukan Jumaat. “Rasulullah s.a.w berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.” (Riwayat Bukhari)
  • Melantik ketua jika perjalanan 3 orang atau lebih.  “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.” (Riwayat Bukhari)
  • Solat sunat musafir 2 rakaat sebelum bergerak. Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
  • Membaca doa sewaktu keluar rumah, naik kenderaan. Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.”
  •  Mula pergerakan waktu malam.  “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.” (Riwayat Abu Daud)      



    orait, sekian dahulu..semoga bermanfaat!


    *moga perjalanan kesana pada hari esok selamat dan lancar :)

    ..selamat malam..wassalam..

m00d yang hilang

selamat tengah malam..


Takde sapa pun atas muka bumi Allah ni yang menjalani hidup tanpa masalah, cuma cara mereka menangani masalah tu berbeza. kadang-kadang masalah yang dihadapi memang betul-betul mencabar kesabaran dan merasa tidak adil, Astaghfirullah, takboleh nak kata macam tu. semua Dia yang tentukan dan Allah itu Maha Adil.. *sigh*


tapi macam tulaaa, sebagai manusia yang sangat lemah, kita terlalu melayan perasaan sehingga mood pun merajuk pergi entah kemana :( sebenarnya tak elok moody macam ni, dalam kita sedar atau tidak ia akan memberi impak yang sangat besar kepada orang laen. selain itu boleh buat muka nampak sangat buruk!! =.='






mari cari jalan untuk mengembalikan m00d yang hilang..

>>pertama, of cos la kita mengadu pada Kekasih Agung tentang masalah kita, hanya Dia yang Maha Mendengar. Dia sangat dekat dengan kita, lebih dekat dari urat leher kita. percayalah, dengan mengingatiNya, hati jadi tenang. Subhanallah, hebatkan Dia :)

>>lepas mengadu pada Dia kita cari something yang boleh rangsang kita senyum atau gelak.ekceli, kajian telah membuktikan apabila seseorang ketawa, otak akan menghasilkan hormon endorfin yang melengkapkan rasa penuh yakin dalam diri. jadi, mood yang hilang inshaAllah akan kembali.

>>kemudian sentuhan dari sahabat! yes, bila ade masalah kite boleh cuba kongsi dengan sahabat yang memahami, sentuhan dari mereka akan mengurangkan tekanan yang kita hadapi, dan inshaAllah kita akan kembali bersemangat. tahnks my sayang-sayang yang sudi mendengar saya dan tak putus bagi nasihat. sayang semua much much much...!!

>>seterusnya seperti yang biasa dilakukan, tarik nafasssss....hembusssss~ ada kajian telah membuktikan dengan melakukan perfasan dalam boleh menaikkan mood! haha, boleh cuba.. haihhh

>>lastly, cium bauan..! n_n oh saya sangat suka bau wangi yang sangat lembut. tapi kalau tersilap bau yang tajam boleh pedih hidunggg. hidu bauan ni boleh merangsang sistem saraf dan seterusnya membangkit mood. bukan auta, tapi fakta okeh!

setelah  semua kita dah buat, moga mood akan kembali.. apa-apa masalah yang mendatang, hidup mesti diteruskan jua.. kemon lah!! bangunnnn, hari -hari yang lebih mencabar sedang menanti....

oh senyum laahhhhhhh...


wassalam..

*teruskan packing barang*
Allah, bantulah hambaMu ini untuk bangkit berdiri..ameen..



Thursday, 29 March 2012

pasrah segalanya

sebuah lagu yang sangat sangat sangat sangat memberi arti............... mari layan -.-
 
 
Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya

Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi

Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri

Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci


aurat dijaga maruah terpelihara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


entry kali ini khas buat gegurl yang comel, manis dan cantik jelita.. Al-Khaliq telah ciptakan kita dengan sebaik kejadian, do't forget to say Alhamdulillah. thanx to Allah! jadi, dengan sebaiknya Dia mencipta kita, kita juga perlu menjaga amanah ini sebaiknya. aurat kita maruah kita. majalah solusi edisi 41 juga telah membincangkannya dalam tajuk 'Tutup Aurat Supaya Selamat'. rugi sape yang tak baca ;P (aisehh, peromot pulakkkk)



okey disini saya cuma ingin berkongsi sedikit sebanyak info yang mungkin kita terlepas pandang, atau terlupa, atau kita tahu tapi buat-buat tak tahu.. hurmm, moga setiap antara kita ada kesedaran. (Ya Allah jadikanlah kami orang yang tahu ilmu dan mengamalkannya, ameen).

Pernahkah tak kita sedar bahawa kita selalu lupa untuk menjaga aurat dengan mereka-mereka ini....

 pertama sekali Sepupu- anak lelaki kepada bapa saudara atau ibu saudara.
Golongan ini merupakan golongan yang boleh kita kahwini dan mereka juga boleh menjadi wali kita jika wali yang lain sudah tiada [ayah, datuk, abang, adik lelaki (sudah bailgh), bapa saudara]. Rasulullah S.A.W. juga tidak menggalakkan berkahwin antara sepupu kerana salasilah keluarga tidak berkembang.

Suami kepada ibu saudara- misalnya ayah kita mempunyai seorang kakak (mak long). Mak long ni ada suami (pak long). Pak long ni kita kena jaga aurat seperti dengan lelaki bukan mahram kerana kita boleh berkahwin dengan dia walaupun kita tak nak.

Ipar-duai- misalnya kakak kita baru sahaja berkahwin. jika berhadapan dengan suami kakak kita, kita wajib menutup aurat seperti dengan lelaki bukan mahram. Golongan ini haram berkahwin dengan adik beradik serentak. Jika dia berkenan kepada kita, hendaklah dia bercerai dengan kakak kita sebelum menikahi kita.

Jiran tetangga- ramai antara kita yang tidak sedar apabila keluar sahaja daripada pintu rumah, kita terdedah kepada masyarakat yang tidak ada hubungan darah dengan kita. Misalnya, sewaktu menjemur kain, menyapu halaman rumah dan sebagainya. Kita selalu memandang enteng terhadap perkara ini. 

okey, itu sahaja perkongsian dari saya.. 
Ramai antara kita memandang hal ini sebagai perkara remeh. Namun, disebabkan pengabaian aurat inilah menyebabkan maruah wanita ISLAM semakin luntur. Betapa ramai anak gadis zaman ini yang sudah hilang malunya. Marilah kita renungkan bersama dan berfikir mengapakah hal ini berlaku? 

Adakah disebabkan kurangnya kefahaman tentang Islam ataupun tahu tapi tak mahu amal? so, lepas ni bila dah tahu kita cuba sama-sama perbaiki mana yang kurang. perbertulkan dariu kesilapan, inshaAllah Allah Maha Penerima Taubat hambaNya yang berdosa ;)

ohye, mahu promot lagi sekali.. dalam majalah SOLUSI EDISI 41  juga disediakan carta untuk lebih memudahkan kita faham!

selamat beramal <3
 

hari terakhir di tadika

salam alaik..

RABU,29Mac2012- merupakan hari terakhir saya bantu mak di tadika. hee, sebabnye lepas ni akan melapor diri bagi berkhidmat di tempat yang telah ditugaskan, InshaAllah(moga semuanya berjalan lancar).



eh, bukan mengajar di tadika ye. cuma membantu (ala-ala tukang masak dorang laa..). 
okei, nak cerita pasal budak-budak tadika. mereka sangat comel dengan telatah yang agak cute.. hehe, sangat nakal sampai buat saya tegelak. takdela nak rasa sakit hati sebab diorang budak-budak kan. kalau nak marah tu last2 tegelak jugak..HAHA ;D


Al-Amin.. budak paling nakal, suka kacau kawan-kawan dia yang lain. tapi bila saya tegur malu-malu pulak. Fatin pun sama. Fatin badan dia sedikit besar dari yang lain, suka buli kawan-kawan dia yang tubuh kecik. haha, sekali dorang kena dengan Fatin, nangesss... haihh budak-budak.. Wan pulak boleh dikategorikan budak paling pintar dalam kelas dorang. boleh dikatakan dia jugak ketua kelas, hehe.. suka mengadu budak ni.. sikit-sikit nak mengadu, "cikgu..cikgu, diorang gaduh.. cikgu..cikgu.. dia pukul dia".. adoiyaii.. Amni, budak yang bertubuh sangat kecik tapi suara paling kuat. nakal jugak budak ni. Huda budak paling manja. Syahmi.. budak yang paling cute dalam kelas. wahh, harap anak saya nanti comel mcm dia.. sangat comel >.< haha.. yang lain-lain ada lagi tapi tak sefemes mereka-mereka yang disebut ;D

lepas ni mesti rindu dorang..
setiap pagi buat air susu, bagi biskut/nestum/kokocrunch, kismis dan vitamin.
pukul 1030 masa makan, semua beratur cuci tangan, ambik makanan masing-masing.. lepas tu Wan baca doa. haihh, best jadi budak-budak ni..seronok aje dorang tahu!



berangan lepas ni bulih bukak tadika sendiri lah! HEHE, angan-angan boleh laa...

n_n

mari layan lagu budak-budak~

Wednesday, 28 March 2012

cinta laman mukabuku

salam alaik...

mukabuku atau dengan nama femesnya facebook! rindu sahabat mukabuku saya yang semua baik. Alhamdulillah, kalau pandai memanfaatkannya, banyak ilmu bulih dapat via fb. sahabat mukabuku saya semua baik-baik, newsfeed pun banyak yang baik-baik berunsurkan nasihat dan peringatan. yes, dakwah di mukabuku! Allah, kalau nak ilmu mana-mana pun boleh dapat. ilmu Allah itu luas. (pasal ilmu nanti kita bincang lainhari, inshaAllah)


sementara tidak bermukabuku, dengan ini saya merajinkan diri untuk mengupdate belog comel. entry kali ini nak memuji tentang baiknya facebook ni. awas ya, facebook bukan cuma ada baiknya, buruknya pun banyak.. tapi takmo la bincang pasal buruk, sendiri jaga.. jangan lagha ye! *ingatan buat diri sendiri ;)

1) Menyebarkan Dakwah
Facebook adalah satu platform yang sangat sesuai untuk kite menyebarkan dakwah. Andainya huraian dakwah itu bukan dari kite pon, kite boleh sharekannya untuk dikongsi kepada friendlist kite. Dan mungkin juga friendlist kite itu pon akan ikut share juga. Jadi semua orang boleh baca dan amalkan bersama. Kite pon dapat pahala. pastikan apa yang kita share tu sahih ye, silap share, dapat dosa pulak!

2) Menghubungkan Sahabat Lama
Facebook juga boleh menghubungkan sahabat-sahabat yang lama terpisah. Bukan saje sahabat lama, malah bekas-bekas guru juga boleh disatukan di dalam facebook. Jujur , dari laman facebook lah saya dapat berhubung kembali dengan sahabat lama, tak kiralah dari sekolah tadika hinggalah dah bekerja. Ini memudahkan untuk kite membuat reunion sesama kite.peace!! miss you all <3

3) Membuat Bisness Online
Kalau dulu kite selalu menghabiskan duit dengan membeli barangan secara online, sekarang apa salahnya kite tukar pula, buatlah bisness secara online yea. Walaupon tak banyak, tapi sikit-sikit pon dapatlah untung kan.ekceli saya tak pernah meniaga secara online, tapi ada sahabat sangat suka sopim online ni.. hehehe, saya pun pernah sekali sekala ;D haa, nak kenal kan seorang sahabat aka rumetku tersayang masa kat kolej yang menjalankan bisnes online.. taraaaaaa ------> FarLUVafiz Hijaba..

4) Mendekatkan Ahli Keluarga Yang Jauh Di Mata
Dengan adanya facebook ini, senang untuk kite berinteraksi dengan ahli keluarga yang berada jauh dengan kite, membuatkan kite seperti berada dekat dengan dia. Malah gambar-gambar mereka pon kite boleh tengok sekali dan tumpang gembira.

5) Dapat Memantau Status Suami/Isteri Atau Anak
Selain dari 4 perkara di atas, facebook juga boleh memantau pergerakan, status dan kawan-kawan suami/isteri atau anak kite. Di sini faham-faham sajelah pantau dari segi apa kan? So tak payahlah  terangkan panjang lebar.
Tapi kalau dapat suami/isteri atau anak yang terlebih cerdik, mereka akan buat lagi 1 akaun yang guna nama lain untuk mengelakkan dirinya dikesan dalam facebook. Masalah juga tu…hehehe

6) cari jodoh!
jeng..jeng.jengggg... haaa ade juga yang memanfaatkan fb untuk mencari jodoh. taksalah, yang penting kena jujur, tapi jangan sampai tertipu. siasat betul-betul tentang dia dari sahabatnya yang terdekat, atau boleh jugak add ahli keluarga dia ;P kalau tak berani jangan cuba-cuba beranikan diri ye! buruk padah nanti~

nah, lagu khas untuk yang bertemu jodoh dilamanmukabuku :P

okaii, cukuplah 6 kebaikan mukabuku ni ye.. hehe, nanti kongsi keburukan pulak. inshaAllah. tunggu masa rajin dan idea.
nanti kita jumpa lagi dimukabuku ye sahabat-sahabat :) miss you!

ujian Allah tanda sayang

Bismillahirrahmanirrahim..

setiap yang terjadi itu pasti ada hikmah yang terselindung di sebaliknya, aite?
Allahurobbi, dugaan itu datang pasti kerana Allah amat mencintai hambaNya. say Alhamdulillah for His concern on us! Alhamdulillah ya Rabb :(

sedih memang lah sedih. tak siapa yang akan gembira apabila ditimpa sesuatu yang mengecewakan. kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang Maha Kuasa, Maha Perangcang akan menentukan segalanya..
bertabah hati lah menghadapi ujian dariNya.

maka ikhlas dan redhalah dengan setiap kehendakNYA..yang buruk itu selalu datang dari manusia sendiri,dan yang baik itu sudah semestinya datang dari ALLAH S.W.T..jadi yakinilah,jika semua itu terjadi atas kehendakNYA,pasti ada hikmah yang tesembunyi di sebalik apa yang menimpa..ALLAH juga tak kan menguji hambaNYA di luar batas kemampuan kita sebagai manusia..mungkin ALLAH ingin kita lebih meningkatkan usaha,doa dan keimanan kita..ingatlah bahawa tak ada yang sia2 jika itu datang dariNYA..

MasyaAllah, semua berlaku begitu cepat, sangat cepat.. tetapi memberi impak yang sangat besar pada diriku :'( moga Allah tabahkan hati ini. ameen..
 
orait!  senyumlahh, senyum itu pengubat hati yang lara ^______________________^

jawapan terbaik semasa ber'chatting'

Bila kita tengah chatting ( YM, MYSPACE, FACEBOOK, TWEETER mahupun 4SQUARE ke atau tengah berbual-bual ke, ada sesetengah lelaki/perempuan yang SWEET TALKER dan berani untok bercakap LUAHAN HATI SI DIA tapi sweet-sweet talker ini dia tak cakap direct. Untok tackle seseorang,dia mesti ada mukadimah dan beberapa ayat untok menjadikan sesuatu hubungan itu bertambah intim.

Tetapi para wanita,harus berhati-hati! Sebab wanita mudah terpedaya dengan... Muqqadimah ini. Ada yang dah tau trik trik ayat lelaki yang nak mengorat dia. Tetapi ramai yang tak tau macam mana nak mengelakkan diri daripada insan insan yang bermulot manis ini. Maka pada hari ini,ana akan memberi sedikit idea,bagaimana ingin mengelakkan diri daripada dingorat.

pilihan di jari anda yang menaip..!! ;)


Soalan: Hai,apa khabar?


Jawapan 1: Sihat je...Awak?


Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim. Boleh kau bayarkan kos dia tak?


Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni...


Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untok menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untok mengorat saya ni.


Soalan: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu...


Jawapan 1: Eh,taklah...Saya tengah upload gambar je...Tak busy pun..Awak buat apa tu?


Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.


Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.


Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk 'Kepentingan menjaga ikhtilat(pergaulan) sesama muslimin dan muslimat'. Lepas baca,saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.


Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh?


Jawapan 1: Boleh,nah,0123456789. Nombor awak berapa?



Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak...

Jawapan 3: Maaflah wak...Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.


Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari. Kau mampu? kalau tak mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.


Soalan: Awak,saya nak kawan boleh?


Jawapan 1: Boleh saja :-) Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.


Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.


Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.


Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untok berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam Islam,kita ada batasan untok berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh.


Soalan: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?


Jawapan 1: Yeke? Ee...mana adalah...saya tak cantik pun...~


Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?


Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?


Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta,semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!


Soalan: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?


Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je...Area Jusco..Awak duduk mana?


Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!


Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?


Jawapan 4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya ni,awak boleh pergi ke alam lain.


Soalan: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?


Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah...Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?


Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.


Jawapan 3: Kau ke yang curi beg tangan mak kawan aku hari tu?


Jawapan 4: Ya,kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untok masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.


Soalan: Awak,saya nak gambar awak boleh?


Jawapan 1: Hehehe...Nak gambar tu buat apa?


Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar porno.


Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?


Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untuk simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.


Soalan: Awak,jom keluar nak?


Jawapan 1: Urm..Bila?


Jawapan 2: Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir ye.


Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang tangan aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!


Jawapan 4: Saya tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti,awak tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh berdua-duaan dengan saya,dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak,ayah,nenek,datuk dan adik beradik saya ikut sama.


Soalan: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi...Urm...


Jawapan 1: Saya single jugak....Jadi apa ye awak? hehehe...pelik tiba tiba awak tanya ni...


Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!dasar tak laku


Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.


Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak kapel dengan saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima ajakan kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah.


Jadi macam mana? Ok tak jawapan-jawapan tersebut?Haha. 


*saya rasa setiap jawapan 1,bukan nak mengelak,Tapi tu semua jawapan melayan..kalau saudari2 sekalian mnusia yg pintar,pandai2lah pilih jawapan yg selayaknya...(^___^)

Tuesday, 27 March 2012

belogku berhabuk

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

*senyummm*

fooooooohhhhhhhhhhhhh.. Ahhchoommm~
haihh, teruk sangat aihh berhabuk belog comel nehh -.-
cuci-cuci belog setelah hampir setahun tak dibuka..
hehe, sudah lama tidak di update belog ni, ohss.. tetiba ade mood nak mengupdate.. haha ;D
selamat study belog bagi yang sudi.


belog ini mengisikandungkan bahan bacaan yang kopi+pasta. sangat sedikit ilham dari diri sendiri. InshaAllah nanti akan ditambahbaikkan :P tengah banyak idea ni, kali ni update pakai ilham sendiri dibantu oleh encik google! ;D

kbai. wassalam.. ;)