graf iman seseorang pastinya ada naik dan ada waktu ia turun. Allahurobbi, takutnya kalau iman itu lari. Ya Allah jangan Kau ambil nikmat iman dan islam yang telah Engaku beri kepada kami ini, ameen.... kurang atau tiada rasa takut kepada Allah itu boleh menyebabkan iman kita berkurang.
jadi entry kali ini untuk meningkatkan rasa khauf kepadNya. saya ambil pengertian khauf ni dari blog peribadirasulullah :
1. Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
2. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”.
( Surah Al-Baqarah – Ayat 40 )
3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya.
4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.
5. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t.
6. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.
Rujukan : Tasauf di Dalam Islam – Datuk Hj.Md.Yunus bin Hj. Md. Yatim.
( Bekas Mufti Negeri Melaka )
apabila rasa khauf atau takut kepada Allah hilang dari dalam diri kita, maka ini adalah tanda kurangnya pengetahuan kita terhadap Allah. orang yang paling tahu banyak tentang Allah adalah orang yang paling takut kepadaNya. Allahurobbi..... oleh itu, perlulah kita berusaha menambahkan pengetahuan iaitu;
>>pengetahuan tentang dosa dan kejelekan akibat melanggar peraturan/suruhanNya.
>>percaya/membenarkan akan ancaman Allah iaitu seksaan dari Allah atas segala dosa yang telah kita lakukan.
>>mengetahui akan adanya kemungkinan penghalang antara dirinya dan taubatnya.takutnya andai tiada sekelumit pun rasa khauf dalam diri terhadap Yanag Maha Kuasa. pelbagai musibah menimpa diri jika tiada rasa khauf.
- kita pasti tidak takut untuk melakukan maksiat sebab nafsu dalam diri kita sentiasa cenderung untuk melakukan perkara jahat. oleh itu kita harus jinakkan nafsu denga rasa khauf kepada Allah.
-merasa diri sangat hebat. Astaghfirullah, sesungguhnya Maha Hebat itu hanya layak bagi Allah. tanpa rasa khauf itu akan membuatkan kita merasa hebat seperti merasa ujub dan sombong.
Abdullah bin Mubarak pernah mencela nafsunya sendiri dengan berkata: "Ucapan anda seperti ucapan orang zuhud, tapi perbuatan anda seperti perbuatan orang munafik. Sementara anda ingin masuk surga. Jauh amat..!, mana mungkin..? Surga itu ada orang-orangnya sendiri. Orang-orang yang masuk surga itu tidak beramal seperti yang anda lakukan."
ucapan itu diulang supaya diri tidak merasa ujub. Allahu Allah.. :(
-tidak ada raja' (harapan) kepada Allah. Allah, renungi diri sendiri.. adakah kita sentiasa mengantung harapan kepada Allah semata? atau merasa sesuatu yang kita lakukan adalah hasil usaha kita? tidak ada khauf dalam diri, maka mana mungkiin sifat raja' itu akan ada dalam diri kita :(
"Sesungguhnya mereka itu tidak lain syaitan-syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku jika kamu benar-benar orang yang beriman." [QS. Ali Imran: 175]. Takut, dalam Islam juga diposisikan sebagai ujian, sebagaimana difirmankan oleh Allah dalam Al Quran,
wallahua'lam, semoga bermanfaat. wassalam..
No comments:
Post a Comment
kata anda..