weloveweshare

Saturday, 31 March 2012

Redha Allah terletak pada redha mak dan abah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
salam mahabbah penuh cinta dan kasih Lillah ;)



cinta yang terlahir sejak dari kita lahir pastinya adalah cinta pada mereka. mereka itu mak dan abah kita. hilang mereka tiada gantinya. itulah cinta sejati yang wujud dari hati penuh suci dan ikhlas. anak kecil itulah yang paling ikhlas hatinya, oleh itu cinta anak kecil itu pastinya jua ikhlas. namun, menginjak dewasa, mengapa cinta yang paling ikhlas itu ditukar ganti dengan cinta monyet atau cinta lain dari teman lelaki/wanita anda? muhasabah diri.

AWAS!! benar cinta itu buta,  namun jangan sampai kita tidak merasa dengan hati cinta yang paling dalam itu, jangan kita buang cinta itu. kitalah manusia yang paling rugi andai cinta ibubapa kita buang begitu sahaja.

"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23)

renungi kembali...sepanjang kita diatas muka bumi Allah ini, apakah yang telah kita lakukan untuk mereka? adakah kita lebih banyak membahagiakan mereka? Alhamdulillah, jika ya jawapannya. berapa kalikah ibubapa kita menangis terluka disebabkan kita? Astaghfirullah.. beristighfarlah.. moga Allah mengampuni dosa-dosa kita.



Allahurobbi.. sebak mengingatkan apa yang telah kita lakukan kepada mereka. tiada istilah terlambat. sedarlah sekarang, bangkitlah. jika mereka masih hidup, lakukanlah kebaikan untuk mereka, bahagiakanlah mereka. andai mereka sudah pergi menghadap Yang Esa, berilah mereka yang terbaik iaitu jadilah anak yang soleh. ingatlah bahawa doa anak yang soleh itu sampai kepada mereka diSana, inshaAllah.

"keredhaan Allah teletak pada keredhaan ibubapa"

hadis ini membenarkan bahawa hubungan anak dengan ibubapa. baik anak itu terhadap ibubapa mereka sehingga mereka meredhainya, maka redha Allah mengiringi anak itu. namun, jika ibubapa tidak redha dengan perbuatan anaknya, maka murka Allah jualah yang mengiringinya.

walaubagaimanapun, lihat jua dari aspek apakah perbuatan anak itu lakukan yang mengundang ketidakredhaan ibubapa. maksud disini, andai ingkar kepada ibubapa untuk mengelak dari maksiat, ia tidak termasuk kategori derhaka.

Rasulullah saw telah bersabda;

"menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. maka jika disuruh untuk melakukan maksiat tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya"


namun disini, selagimana arahan mereka tidak bercanggah dengan suruhan Allah, taatilah mereka. andai adapun mereka itu kufur, jadilah anak yang tetap mempunyai adab dengan ibubapa, hormatilah mereka sebagai ibu bapa anda.

” Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil”

semoga bermanfaat, wallahua'lam.
wassalam. 

No comments:

Post a Comment

kata anda..