weloveweshare

Thursday, 29 March 2012

aurat dijaga maruah terpelihara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


entry kali ini khas buat gegurl yang comel, manis dan cantik jelita.. Al-Khaliq telah ciptakan kita dengan sebaik kejadian, do't forget to say Alhamdulillah. thanx to Allah! jadi, dengan sebaiknya Dia mencipta kita, kita juga perlu menjaga amanah ini sebaiknya. aurat kita maruah kita. majalah solusi edisi 41 juga telah membincangkannya dalam tajuk 'Tutup Aurat Supaya Selamat'. rugi sape yang tak baca ;P (aisehh, peromot pulakkkk)



okey disini saya cuma ingin berkongsi sedikit sebanyak info yang mungkin kita terlepas pandang, atau terlupa, atau kita tahu tapi buat-buat tak tahu.. hurmm, moga setiap antara kita ada kesedaran. (Ya Allah jadikanlah kami orang yang tahu ilmu dan mengamalkannya, ameen).

Pernahkah tak kita sedar bahawa kita selalu lupa untuk menjaga aurat dengan mereka-mereka ini....

 pertama sekali Sepupu- anak lelaki kepada bapa saudara atau ibu saudara.
Golongan ini merupakan golongan yang boleh kita kahwini dan mereka juga boleh menjadi wali kita jika wali yang lain sudah tiada [ayah, datuk, abang, adik lelaki (sudah bailgh), bapa saudara]. Rasulullah S.A.W. juga tidak menggalakkan berkahwin antara sepupu kerana salasilah keluarga tidak berkembang.

Suami kepada ibu saudara- misalnya ayah kita mempunyai seorang kakak (mak long). Mak long ni ada suami (pak long). Pak long ni kita kena jaga aurat seperti dengan lelaki bukan mahram kerana kita boleh berkahwin dengan dia walaupun kita tak nak.

Ipar-duai- misalnya kakak kita baru sahaja berkahwin. jika berhadapan dengan suami kakak kita, kita wajib menutup aurat seperti dengan lelaki bukan mahram. Golongan ini haram berkahwin dengan adik beradik serentak. Jika dia berkenan kepada kita, hendaklah dia bercerai dengan kakak kita sebelum menikahi kita.

Jiran tetangga- ramai antara kita yang tidak sedar apabila keluar sahaja daripada pintu rumah, kita terdedah kepada masyarakat yang tidak ada hubungan darah dengan kita. Misalnya, sewaktu menjemur kain, menyapu halaman rumah dan sebagainya. Kita selalu memandang enteng terhadap perkara ini. 

okey, itu sahaja perkongsian dari saya.. 
Ramai antara kita memandang hal ini sebagai perkara remeh. Namun, disebabkan pengabaian aurat inilah menyebabkan maruah wanita ISLAM semakin luntur. Betapa ramai anak gadis zaman ini yang sudah hilang malunya. Marilah kita renungkan bersama dan berfikir mengapakah hal ini berlaku? 

Adakah disebabkan kurangnya kefahaman tentang Islam ataupun tahu tapi tak mahu amal? so, lepas ni bila dah tahu kita cuba sama-sama perbaiki mana yang kurang. perbertulkan dariu kesilapan, inshaAllah Allah Maha Penerima Taubat hambaNya yang berdosa ;)

ohye, mahu promot lagi sekali.. dalam majalah SOLUSI EDISI 41  juga disediakan carta untuk lebih memudahkan kita faham!

selamat beramal <3
 

No comments:

Post a Comment

kata anda..