weloveweshare

Saturday, 28 April 2012

pernikahan..kemana arahnya?

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha penyayang..
artikel ni copas dari kak nurul adni adnan.
moga ianya bermanfaat ^^
Sewaktu keinginan yang mendalam untuk bernikah bertandang di hati, kalian anak muda perlu berjuang.

Ya, bukan sekadar berusaha, tapi berusaha dengan penuh perjuangan dan kesungguhan untuk menjaga iman dan kehormatan.

Berjuang untuk merealisasikan perancangan pernikahan. Syaitan juga akan berjuang mengagalkan niat kita menghalalkan hubungan, kerana syaitan amat suka dengan kemesraan (kemaksiatan) waktu berpacaran.

Jika telah habis cara dan idea untuk memasuki gerbang pernikahan, apakah pilihan yang kita ada…?

Juga berjuang. Berjuang dan bermujahadah menjaga kehormatan diri.

Bersangka baik dengan Allah, Allah akan memakbulkan doamu pada waktu yang tepat. Teruslah mengisi masa mencari ilmu, beramal, membangun peribadi seorang hamba dan khalifah yang mukmin.

Pada yang telaz melafaz nikah, kini kalian telah menjejak alam pernikahan, yang dahulunya terdorong bernikah kerana ingin menjaga kebersihan hati dan perasaan.

Rupa-rupanya, satu bahagian hati terjaga, tapi bahagian hati yang lain masih berperang…

Kita terlupa agaknya, ‘ peperangan’ dalam jiwa itu selalu ada…hingga akhir hayat. Selalu kena bermujahadah, di dalam dan di luar pernikahan.

Hurm... dulu duk fikir nak menjaga hati sendiri, tiba-tiba dah nikah, banyak pula hati lain yang perlu dijaga.. :P

… nak jaga hati suami,

…hati mertua,

..hati ipar duai,

…hati teman-teman yang masih bujang – yelah, dah kawin makin menjauh..asyik berkepit dengan suami….

Ok anyway, sekarang hati dah ‘terjaga’, dah ada teman hidup, …ke mana kita nak bawa pernikahan ini…? Setakat itu sajakah...?

Dulu yang saya 'belajar' dari novel-novel cinta, jua romantic movies, banyaknya seperti itulah… ‘berjuang’ untuk merebut atau mempertahan cinta si dia, dan kemudian ‘live happily ever after’.

Andai ada datang masalah, ya, ‘cinta kita’ akan kuat untuk menempuh badai gelombangnya…

Tapi alhamdulillah setelah sedikit sebanyak kita belajar dari buku penerang dan petunjuk dari ALLAH – Al Quran- saya mula nampak bagaimana pernikahan saya dan kita akan bagi kesan pada suasana politik antarabangsa… dan bagaimana ia akan mempengaruhi iklim dunia…wah begitu sekali kah…???

Ya. Pernikahan kita bukan berkisar pada gelora jiwa kita sahaja. Ia adalah bagaimana kita memanfaatkan seluruh nikmat dan potensi yang ALLAH kurnia untuk cemerlang sebagai hamba dan Khalifah..

Dan ‘cinta suci kita’ sahaja tidak cukup untuk mempertahankan rumahtangga, apatah lagi untuk pernikahan kita itu memberi nilai tambah pada ummah..

(wah..ini motivasi yang baik untuk saya yang kadang-kadang hanyut dengan emosi untuk isu-isu kecil …)

# Pernikahan yang membangunkan potensi individu

Dulunya, antara niat saya, moga pernikahan yang menyatukan saya dan suami ini tidak lain menjadi wasilah untuk kami menjadi hamba-hamba ALLAH yang lebih baik, lebih bersungguh mencari keredaan dan keampunanNYA.

Tapi masa yang berlalu, kesenangan dan kesulitan yang ALLAH datangkan ke dalam rumahtangga ini, adakah benar-benar meningkatkan keperibadian kita seorang insan…?

Apa khabar dengan ilmu kita tentang ALLAH dan ISLAM?

Akhlak kita masih di takuk lama atau banyak yang sudah digilap?

Sejauh mana kesungguhan kita memuhasabah dan memperbaiki diri kita dalam melunaskan hak pasangan…?

Adakah makin bersemangat untuk beramal soleh dan istiqamah dengannya…?

Adakah pernikahan ini benar-benar membawa kita menggantungkan hati dan memperhambakan diri padaNYA?

Inilah persoalan yang perlu saya dan kalian jawab, jika benar pernikahan bukan tujuan kehidupan, tapi satu medan besar meningkatkan kesabaran dan ketaqwaan.



# Pernikahan yang membangunkan potensi keluarga

Saya dulu tak berapa fikir tentang anak, dan malah saya rasa tak matang untuk jadi ibu..[walau jauh di sudut hati, saya ingin melahirkan generasi yang dicintai ALLAH].

Sedar-sedar, dengan izin ALLAH dah ada seorang anak yang rasanya begitu pantas membesar. Apa perancangan saya untuk mencorakkan kehidupan anak ini… bukan kah dia juga kelak ditaklifkan untuk beribadah dan memimpin ummah ke jalan ALLAH…?

Tidak ada cara lain, saya dan suami harus menyuburkan ilmu dan iman. Agar anak-anak ini turut membesar dalam suasana yang mengenal hakikat kehidupan, mengenal amanah yang datang dengan segala nikmat pemberian tuhan.

Karakter dan pembawaan dirinya akan banyak sekali ditentukan oleh persekitaran yang dicorakkan kami ibu bapanya dan orang-orang terdekat dengannya.

Jika dulu saya bersetuju, bahawa mereka yang bernikah jangan sekadar fikir sampai ke pelamin, tapi hingga ke lampin (anak-anak).

Kini saya ingin mengembangkannya, harus kita fikirkan, pernikahan kita yang baru bermula ini, bagaimanakah kelak akan membantu anak-anak kita membina pernikahan yang penuh sakinah, rahmah wa mawaddah…?

# Pernikahan yang membangunkan ummah

Ummah ini mampu hebat bila setiap keluarga benar-benar menerapkan islam sebagai a way of life. Suami isteri yang berusaha memahami petunjuk Al Quran dan As Sunnah, kemudiannya akan mengukir keluarga dengan acuan Islam yang syumul.

Adakah pernikahan kita, keluarga yang kita bina, menjadi batu-bata yang menguatkan bangunan Islam?

Mungkin kita sendiri masih mencari ilmu, kita juga masih kabur keluarga bagaimana yang Islam kehendaki, ….tidak mengapa, langkah yang kita mulakan perlahan-lahan ini, mudah-mudahan mendorong anak-anak untuk kelak sama-sama mendalami ilmu ALLAH.

Mungkin kita sendiri masih banyak kelemahan akhlak yang perlu diperbaiki, ayuh temanku, kita berganding bahu mencantikkan diri dengan akhlak islami, sebagai ibu bapa, sebagai isteri (atau suami), kita saling mendoakan agar insan-insan tersayang turut berada dalam petunjuk tuhan.

# Pernikahan yang membangunkan mahligai di syurga

Rasul SAW berpesan agar kita selalu berhubung dengan ALLAh SWT, hati yang zikrullah dalam banyak keadaan, boleh memberi kebahagiaan di dunia dan di syurga.

Syurga itu mungkin terlalu jauh untuk kita harapkan, dengan banyaknya kelemahan dan kesilapan kita, akan tetapi jangan berputus asa dari rahmat Tuhan. Kita mungkin selalu tewas oleh syaitan dan perasaan, namun sentiasa ada ruang taubat dan kembali pada tuhan.

Khadijah, Fatimah, Asiah dan Maryam …keimanan dan kecantikan akhlak mereka ayuh kita jadikan teladan. Mereka penghuni syurga, maka merekalah contoh terbaik untuk diikuti bersama.

Jika kita gembira bahagia dengan pasangan hidup yang ALLAH takdirkan dengan kita waktu ini, bersyukurlah dengan terus mentaatiNya. Kita berdoa lah agar kemanisan ini bersambung di taman syurga sana.

Jika kita berduka lara dengan jodoh yang ditetapkan ALLAH, berusaha lah lakukan perbaikan di ruang yang ada. Dan rawatlah hati-hati itu dengan kesabaran dan keimanan yang sebenar-benarnya. Moga ia menjadi asbab juga untuk kita memperoleh pasangan sempurna di syurga…

Justeru, bernikahlah, raikan fitrah yang indah, bangunkan ummah dengan terus mencari ilmu dan redha Allah...

ikhlaskah bersahabat...?

bismillahirrahmanirrahim..

Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah – ubah. seprtimana  berubahnya pasiran pantai dipukul ombak. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela. bagamana pula nanti?

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba-tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata-mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..

Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata-kata takkan bermakna jika dibiarkan kata-kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja…

moga hati ini ikhlas bersahabat, bukan hanya bersahabat dengan sebab ada udang disebalik batu atau hanya sekadar tambah bilangan. sayang semua sahabat fillah.. <3


Friday, 27 April 2012

kerjaya wanita dalam Fiqh Al-Qaradhawi

“Abang nak tahu impian Sayang untuk para bidadari kita… Sayang impikan bidadari-bidadari kita belajar setinggi mungkin agar ilmu memuliakannya di dunia dan di akhirat.  Jika dia ingin berkerjaya, biarlah kerjaya itu mempunyai masa yang anjal dan mesra keluarga. Moga dengan ilmu dan kepakarannya, dia tidak perlu mencari kerja sebaliknya kerja dan masyarakat yang memerlukannya hingga  dia dipanggil keluar berbakti kepada masyarakat. Dalam masa yang sama, keluarganya terus menikmati banyak masa bersamanya, bahagia, terjaga dan penuh cinta.”

“Alhamduluillah, tinggi impian Sayang. Moga tinggi juga usaha dan doa kita untuk mencapainya…:)

Karier Wanita dalam Fiqih al-Qaradhawi

Dr Yusuf al-Qaradhawi ditanya:
“Apa hukum wanita bekerja? Iaitu bekerja di luar rumah sebagaimana lelaki? Bolehkah wanita berkerjaya? Bukankah kewajipan wanita berada di  dalam rumahnya?”
Syeikh al-Qaradhawi menjawab:

Allah Memberi Tanggung Jawab Kepada Manusia dengan Kerja (Amal)

                Wanita adalah manusia sebagaimana lelaki. Lelaki sebahagian daripada wanita dan wanita sebahagian daripada lelaki. Sebagaimana firman Allah SWT, “Sebahagian kamu adalah keturunan daripada  sebahagian yang lain.” (Ali Imran: 195).
                Allah menciptakan manusia untuk bekerja, bahkan Dia ingin tahu siapa yang membuat kerja (amal) secara terbaik. “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) “ (Surah al-Mulk, ayat 2).

Keperluan Ummah dan Dunia Kepada Tenaga Wanita

                Wanita sebagaimana lelaki dibebani untuk bekerja (amal). Dan kerja yang dilakukan dengan terbaik akan memperolehi hasil terbaik. Firman Allah SWT, “Rab (Tuhan) mereka memperkenankan (permohonan) mereka (dan Allah berfirman): “Aku (Allah) tidak akan mempersiakan amalan orang yang beramal di kalangan kamu, baik lelaki mahupun perempuan; sebahagian kamu berasal daripada sebahagian yang lain.”
                Wanita sebagaimana yang dikatakan selalu adalah sebahagian daripada komuniti manusia. Tidak boleh dibayangkan bagaimana Islam kehilangan sebahagian dari komunitinya (jika semua wanita tidak berkerja), lalu dinyatakan sebagai agama yang jumud dan stagnan (‘down’, terhenti, membosankan), yang hanya mengambil dari kehidupan tetapi tidak memberi kepada kehidupan, hanya mengkomsumsi (menjadi pengguna) akan tetapi tidak berproduksi (menjadi pengeluar).

Fiqh Prioriti: Mendidik Generasi Adalah Kerja Utama Wanita
                Pekerjaan wanita yang pertama dan utama adalah mendidik para generasi. Allah SWT telah menyiapkan jiwa dan fizikal wanita untuk melakukan tugas ini. Kerana itu, sebaik-baiknya kita hendaklah tidak menyibukkan wanita dengan kesibukan lain, sehingga memalingkan wanita dari tugas mulia ini. Tidak seorangpun mampu menggantikan kedudukan wanita dalam tugas mulia ini. Di tangannyalah bergantung kehidupan umat manusia.
                Moga rahmat Allah tercurah kepada al-Hafiz Ibrahim yang telah bersyair:
Ibu adalah madrasah (sekolah), jika engkau mempersiapkannya
Beerti engkau telah mempersiapkan bangsa yang hebat dan kuat.
                Pekerjaan utama tersebut ialah tugasnya menguruskan rumah tangga, membantu suaminya, membentuk keluarga bahagia yang tegak di atas kedamaian, kasih sayang dan rahmat. Disebutkan dalam ssatu riwayat bahawa pekerjaan terbaik wanita adalah menyiapkan keperluan suaminya untuk pergi berjihad.

Hukum Mengharuskan Wanita Keluar Berkerja

                Huraian di atas tidak bermakna haram bagi wanita berkerja di luar rumah. Hukum haram hanya boleh ditetapkan dengan nas sahih dan jelas maknanya. Sebagaimana diketahui bahawa, setiap perkara adalah boleh hukumnya kecuali ada dalil yang mengharamkannya.
                Maka, pada dasarnya ‘boleh’ bagi wanita untuk berkarier. Dalam keadaan-keadaan tertentu, ia boleh menjadi dianjurkan, atau bahkan diwajibkan, jika memang terdesak dengan tuntutan hidup. Contohnya, janda atau wanita yang ditalak dan dia tidak mempunyai hasil pendapatan, sementara itu dia mempunyai kemahiran atau keahlian tertentu untuk digunakan. Dalam konteks ini, bekerja dengan kemahiran atau keahliaannya itu boleh menyelamatkannya daripada hidup meminta-minta.

Contoh Wanita Berkerjaya Dalam Al-Quran dan Hadis

                Kadang kala, keluarga yang memerlukan tenaga wanita berkerja, seperti membantu pekerjaan suaminya, mendidik anaknya atau saudara perempuan yang masih kecil atau membantu orang tuanya sebagaimana yang diceritakan dalam Surah al-Qashash tentang dua anak gadis yang membantu orang tuanya yang sudah lanjut usia dalam menggembalakan kambingnya.
Firman Allah SWT, “Dan tatkala ia sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia men- jumpai di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternaknya). Musa berkata: “Apakah maksudmu (dengan berbuat at begitu)?” kedua wanita itu menjawab: “Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang Telah lanjut umurnya”.
Riwayat lain juga menyebutkan bahawa Asma’ binti Abu Bakar-pemilik dua ikat pinggang (Dzatil Nitaqain)- berkerja membantu suaminya Zubair bin al-Awwam dalam merawat kuda-kudanya, menggiling bijian lalu ditiriskan. Asma’ membawa gilingan bijian-bijian tersebut dari kebunnya yang jaraknya sangat jauh dari Kota Madinah.
Ummul Mukminin, Zainab binti Jahsy mahir menyamak kulit, memintal serta menenun kain sutera, hasilnya dijual di pasar dan disedekahkan. Itulah kerjaya Zainab yang menguatkan sumber ekonominya hinggakan beliau mempunyai keistimewaan sebagai seseorang yang banyak bersedekah. Lalu, mendapat julukan ‘panjang tangan’ (bermaksud banyak bersedekah) oleh Rasulullah SAW.

Keperluan Masyarakat Kepada Doktor Wanita, Jururawat, Guru Wanita dan Sebagainya

                Kadang-kadang juga masyarakat sendiri yang memerlukan tenaga wanita seperti doktor wanita, atau jururawat wanita atau guru wanita dan pekerjaan seumpamanya yang secara khusus lebih mahir dikerjakan oleh wanita. Paling ideal, wanita bekerja dengan kaum wanita, dan tidak dengan kaum lelaki, kecuali kerana keperluan mendesak yang mengharuskan wanita hadir dalam pekerjaan tersebut.
Syarat-syarat dan Batasan-batasan Wanita dalam Berkarier
1.       Pekerjaan tersebut memang disyariatkan. Ertinya bukan pekerjaan haram atau membawa kepada perkara haram seperti:
a.       Teman sosial kepada lelaki
b.      Setiausaha kepada pengarah yang memerlukannya duduk seruangan dengannya (biasanya di pejabat-pejabat, S/U selalu berdua-duaan dengan pengarah. Saya kagumi cara Syarikat Telaga Biru Sdn Bhd yang melantik setiausaha bagi pengarah iaitu seorang wanita yang mempunyai pertalian darah).
c.       Penari
d.      Pelayan bar yang menyediakan minuman keras yang dilaknat oleh Rasulullah SAW penuangnya, pembawa dan penjualnya
e.      Pramugari yang memerlukannya sentiasa tersenyum menyambut penumpang atau sering melakukan perjalanan jauh tanpa mahram, dan yang memerlukannya duduk sendirian di negara orang lain.
f.        Dan lain-lain pekerjaan yang diharamkan Islam bagi wanita apatah lagi pekerjaan yang diharamkan bagi lelaki dan wanita.

2.       Menjaga adab wanita muslimah saat keluar rumah dengan menjaga cara berpakaian, berjalan, berbicara, bahkan bergerak. Allah SWT berfirman, “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup  dada (juyub[1]) dengan tudung kepala mereka (khimar);

3.       Pekerjaan itu tidak sampai melalaikan kewajipan utamanya, seperti kewajipan mengurus suami dan anak-anaknya. Sebab itulah pekerjaan dan kewajipan yang paling utama seorang wanita.

Saranan Al-Qaradhawi Buat Pemerintah

1.       Pemerintah hendaklah menyiapkan sesuatu berupa Undang-undang Tenaga Kerja dan saranan pekerjaan bagi para wanita ketika keperluan mendesaknya berkerja untuk dirinya, keluarganya atau masyarakatnya. Persiapan ini penting dilakukan agar harga diri wanita tidak tergadai atau tidak mengacau kewajiban rumah tangga.

2.       Pemerintah hendaklah membuat peraturan yang memudahkan peranan serta memudahkan wanita ini, misalnya separuh kerja dengan separuh upah. Seperti kerja 3 hari dalam seminggu dan upah disesuaikan dengan hari kerjanya. Contoh lainnya adalah seperti adanya undang-undang cuti menikah, melahirkan atau peraturan khusus bagi ibu menyusu. (Alhamdulillah sebahagiannya telah dinikmati oleh wanita di Malaysia).

3.       Pemerintah harus mempersiapkan sekolah agama, sekolah umum dan universiti khusus untuk kaum wanita, sehingga kaum wanita mempunyai  peluang berolah raga dan melakukan aktiviti lain yang menyihatkan.

4.       Menyediakan bahagian dan tempat khusus bagi wanita yang berkerja di pemerintahan, yayasan, atau bank sehingga menghindarkan terjadinya fitnah, serta fasiliti-fasiliti lain yang disesuaikan dengan keperluan[2].

Kesimpulan Penulis (Fatimah Syarha).
                Hormatilah wanita yang memilih untuk berada di rumah. Mereka bukannya ketinggalan zaman sebaliknya keluarga mereka lebih memerlukan mereka di situ.
                Hormatilah juga wanita yang memilih untuk berkerjaya. Mereka bukannya melakukan suatu dosa seolah-olah berkerjaya itu haram sebaliknya mereka melakukan sesuatu yang harus.
                Samada berada di rumah atau berkerjaya, masing-masing ada sebab dan keperluannya yang tersendiri. Masing-masing ada peranan yang besar buat diri, keluarga dan ummah. Asal  saja tugas utama wanita iaitu mendidik generasi terus terpelihara. Asal juga suami redha dengan pilihannya. Berbincanglah.
                Wanita yang memilih untuk berada di rumah namun tidak berusaha memberi didikan kepada anak-anaknya, akan gagal mencapai matlamat mendidik generasi.
                Wanita yang memilih untuk berkerjaya namun tidak menyediakan pengurusan yang terbaik untuk rumah tangganya, akan gagal juga mencapai matlamat.
                Tips bagi wanita berkerjaya:

1.       Jika perlu, ambillah pembantu rumah yang dididik dan dihargai dengan baik agar urusan teknikal rumah tangga tersusun rapi.  Isteri-isteri Rasulullah SAW meskipun kebanyakan mereka tidak berkerja di luar rumah namun kebanyakkan mereka mempunyai pembantu. Masakan tidak, isteri baginda yang berada di rumah itu juga mempunyai kesibukan untuk menekuni ilmu.

2.       Wanita yang berkerjaya dari rumah juga mungkin perlukan pembantu kerana kesibukan kerjaya itu dan kesibukan urusan rumah tangga. Jika mereka mampu melakukan kerja-kerja teknikal di rumah itu sendiri, tidak mengapa. Tapi realitinya, kerja-kerja teknikal di rumah tidak pernah habis, ditambah lagi dengan ragam anak-anak yang sentiasa inginkan perhatian. Terpulang pada kebijaksanaan masing-masing dalam memastikan adanya keseimbangan.

3.       Pilih penjaga atau nursery yang terbaik untuk jagaan sementara bagi anak-anak dengan membuat pemantauan teliti terlebih dahulu. Maka, isteri boleh berkerjaya dengan lebih fokus dan professional dalam waktu kerjanya.

4.       Lebih menarik jika wanita boleh memilih suatu pekerjaan yang mempunyai masa anjal dan lebih mesra famili.


[1] Juyub sering diterjemahkan sebagai dada. Bagi penulis, ia adalah terjemahan yang baik mengikut konteks pakaian wanita di Malaysia yang ringan, lembut dan senang membentuk di  badan, maka amat wajar tudungnya (khimar) melepasi dada agar tidak menggiurkan lelaki jahat dengan nampaknya bentuk buah dada.

Mengikut bahasa Arab, dari segi bahasa, juyub adalah jamak daripada jaib yang sebenarnya bukan bererti dada. Erti sebenar juyub ialah bahagian terbuka daripada pakaian dan semisalnya pada bahagian dada. Atau lebih tepatnya bererti belahan leher baju.

Maka, sama-samalah kita menghormati orang yang tetap ingin bertudung labuh, atau bertudung tiga segi tetapi bajunya longgar atau bertudung singkat dengan bajunya longgar. Masing-masing mempunyai sebab dan fatwa hati yang tersendiri. Hormatilah! Asalkan pakaiannya menutup aurat dan lebih baik lagi dipakai dengan rasa taqwa, bukan sebab-sebab lain.
[2] Al-Qaradhawi, Fatawa Mua’shirah, juz. 2. Hal. 303-306.
 



Thursday, 26 April 2012

layakkah menjadi jururawat muslimah???

Dengan Nama Allah Yanag Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Allahumma a'fini fii badani, Allahumma a'fini fii sam'i, Allahumma a'fini fii basori..

Subhanallah, sesuatu yang tidak pernah menjelma dalam mimpi dan dalam angan untuk menjadi seperti sekarang, tapi kalam Allah itu telah mencoretkan ianya untukku. Alhamdulillah, syukur pada Ilahi. mungkiin inilah jalan terbaik untukku hadiah dariNya.. ;)

setelah segalanya berubah, kesal timbul dari hati yang tidak baik.. namun iman yang berbaki dalam hati  berbisik, redhalah.. mengapa perlu menentang keputusan Allah.. andai kerana Allah, dalam apa jua keadaan pun, pasti masih mampu......Kadang kala sering bertanya kepada diri sendiri, mengapa berjumpa tarbiyah setelah berada dalam medan perjuangan menjadi jururawat. Sesungguhnya manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Maka percayalah, setiap insan itu punya tanggungjawab masing masing. Dan sesungguhnya takdir ALLAH itu adalah yang terbaik buat dirinya. Biarpun kadang kala dirimu tidak rela untuk duduk ditempatmu kini, namun carilah kemanisan dalam setiap aspek kehidupan dengan berbekalkan bunga iman dan taqwa.
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata" [33:36]
ramai bertanya, "buat apa sekarang?" saya jawab, "kerja".. "wahhhh dah kerja, kerja apa?"... dengan senyum saya menjawab, "misi".....erkk.. kenapa muka mereka berubah, berkerut, ada juga yang menghujani dengan persoalan yang banyak, namun Alhamdulillah, ade juga yang menyokong ;) sifat manusia kan.

kenapa ramai yang perjudis terhadap kerjaya ini?
soal pemakaian? anda sendiri, wahai cik misi sekalian yang menentukan pakaian anda longgar atau ketat. tepuk dada tanya iman ;) yes, etika berpakaian dalam perkhidmatan ini ada, namun syariat islam juga ada. kalau jahit unform tu, habaq la awai-awai buat bagi longgar. Alhamdulillah, ditempat saya bekerja juga digalakkan untuk memakai uniform yang longgar! ^_____^ 

seorang sahabat telah memberikan aku satu kata yang mengetuk hati.. "jadilah jururawat muslimah, terus mujahadah di medan perjuangan jururawat, Allah telah tunjukkan jalan untuk berubah, jangan berubah kembali hanya kerana kata orang jururawat itu begitu begini.." Allahurobbi.. itulah sahabat, sentiasa memberi kekuatan. ilham dari Allah melalui sahabat. terima kasih Ya Allah!

namun, persolaan.. layakkah aku menjadi jururawat muslimah? :( siapakah dia jururawat muslimah? cakap mudah. namun, mampukah...

jururawat muslimah itu, di mana saja dia berada, dia sentiasa membawa tarbiyah Islam bersamanya. Sebelum memulakan sesuatu dia mengucapkan Basmallah.. setelah selesai,  melafazkan Alhamdulillah.  itu termasuk dalam ibadah jugak kan? Sesungguhnya tarbiyah Islam itu akan jelas kelihatan melalui perlakuan. Amal ibadahnya sentiasa terjaga. dia akan mengambil masa untuk menunaikan solat malah mengingatkan para pesakitnya agar tidak lupa sujud kepada ALLAH SWT. Kerana bagi dirinya, dimana dia berada, dia perlu sentiasa mengingatkan bahawa kita ini adalah hamba, kita harus sentiasa sujud meminta dari yang Maha Esa..

kata sahabat....jururawat muslimah itu juga perlu memandang pesakit dengan mata hati. Pesakit yang dirawat bukan sekadar sakit luaran atau tubuh badan tetapi juga sakit hatinya. Rawatan tersebut bukan rawatan biasa tetapi rawatan menghidupkan hati dengan membawanya mengingati ALLAH SWT. Peristiwa di mana seseorang telah masuk ISLAM setelah mendengar Rasulullah SAW mengucapkan Bismillahirahmanirahim. untuk menjadi juururawat muslimah mestilah kreatif  ;)

jururawat muslimah itu adalah jururawat sebenar bukan sekadar di tempat dia bertugas tetapi juga pada luar waktu tugasannya. Dia bisa merawat hati keluarganya untuk mengamalkan ISLAM, dia bisa merawat jiwa suaminya yang penat berjuang, dia bisa merawat kehausan anak anaknya yang perlu dibelai untuk membentuk mujahidin dan mujahidah ISLAM. Sesungguhnya dia bukan sahaja jururawat dirumahnya, malah untuk masyarakat sekelilingnya. Dia berusaha merawat hati hati yang sakit dengan tarbiyah cinta ISLAM... subhanALLAH, hebatnya...

Alangkah baiknya jika ciri ciri jururawat muslimah itu ada dalam diriku dan dirimu. Rasa takut juga melanda hati, mampukah diri ini menjadi seperti yang diimpikan. Buat srikandi bunga agama, ku mohon doa dan bimbinganmu, sekiranya diriku sudah terlalai dan hampir tersungkur di jalan yang panjang ini, maka hulurkanlah tanganmu, ingatkanlah diriku betapa indahnya perjuangan merebut cintaNYA berbanding hidup hanya kerana dunia yang hina. Janganlah kalian membiarkan aku terus hanyut dan akhirnya menjadi seorang yang tewas dan lari dari medan pertempuran. ingatkanlah, bangunkanlah....

duhai anda, anda, anda dan anda semua out there, 
Janganlah menilai sesuatu secara superfisial sahaja. Bukankah para ummul mukminin juga terdiri daripada mereka yang menjadi jururawat. Bidadari bidadari syurga ini merawat pejuang pejuang agama yang berkorban, bertempur dalam perjuangan demi menegakkan kalimah LAILAHAILALLAH.
buat sahabat di medan junag yang sama...Yakinlah, jururawat itu profesion yang sangat mulia, Janganlah dikau cemarkan kemuliaannya sebaliknya teruslah menghiasinya dengan indahnya akhlak dan pekerti dirimu. Semoga semuanya hanya kerana ALLAH...

#perjalanan itu pahit dan perit, kerana hujungnya itu manis...moga diri ini mampu. Doa dari sahabat diperlukan...
moga bermanfaat buat semua.
wassalam..


Monday, 23 April 2012

munajat cintaku

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

mata terbuka.. hening.. mata tertancap pada jam henfonku.. 3.07pagi..
Alhamdulillah, sehingga hari ini aku masih dapat bernafas, masih mampu melihat indahnya dunia, masih mampu merasa penjara sementara, masih kuat untuk berjalan kemana sahaja..

usai berwuduk, ku hamparkan tikar sejadah..
Allahuakbar.... Assalamualaikum warahmatullah.....
selesai solat sunatku..

Allah..
Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan segala seisinya..
yang tidak pernah mengantuk dan tidak tidur..
yang tidak tidak pernah lalai menguruskan makhlukNya..

Allah,
aku datang padaMu..
ingin meraih cintaMu..
ingin gapai redhoMu..
rindu kasih dan sayangMu..

Allah aku rindu.. Allah aku rindu..
Allah aku syukur,
kerna aku masih punya rasa rindu padaMu..
aku masih punya rasa rindu pada rasulMu..
Allah nikmatNya rasa ini..
nikmatNya cinta padaMu..

Allah..
Ampunkanlah segala dosa-dosaku..
simpanlah aib masa lalu ku..
akulah hambaMu yang hina..
akulah hambaMu yang lalai..
akulah hambaMu yang sering hanyut..
peluklah aku, ya Allah..
peluklah hatiku..
jangan biarkan aku jauh dariMu..

Allah,
Ampunkanlah aku..terimalah taubatku..
aku hamba yang berdosa..
aku lupa segala yang ada padaku hanya pinjaman dariMu..
Engkaulah yang agung..
Engkaulah sang pencipta yang maha Hebat..

Allah,
mata ini sering melihat kemaksiatan..ampunkanlah..
telinga ini sering mendengar gosip dan umpatan, music yang melalaikan..ampunkanlah..
bibir ini berbicara sewenangnya, mengumpat, menyakiti hati orang lain..ampunkanlah..
tangan ini..tangan ini banyak berdosa..ampunkanlah..
kaki ini, melangkah ketempat yang melalaikan..ampunkanlah..

Allah..
sebelum diambil nyawa dari jasad,
izinkan aku menyempurnakan taubatku..
sebelum aku tidak mampu berbuat apa-apa..
jadikan aku mampu melakukan sesuatu yang Engkau cintai..
sebelum anggota badanku beerbicara sendiri..
biarkan aku dahulu yang mengakui dosanya..
sebelum aku ditinggalkan keseorangan disana..
izinkan aku membahagiakan insan sekelilingku..

Allah,
kuatkanlah semangat jihadku untuk terus berjalan
dijalan yang telah Kau tunjukkan padaku..
tabahkanlah hatiku hadapi setiap ujian dariMu..
teguhkanlah imanku..
moga badai ujian dariMu tidak akan meruntuhkan imanku..

Allah,
terimalah cinta dariku..moga berbalas cintaMu padaku..
tiada cinta yang lebih hebat dari cintaMu pada hamba-hambaMu..
indahnya nikmat cinta ini ya Allah..
jangan kau hilangkan nikmat iman dan islam yang telah kau sirami hati ini..
suburkanlah ia..
moga mekarnya cinta ini harumannya sehingga ke sidratul muntaha..

Allah ingatkanlah aku jika aku lalai, halanglah aku jika aku salah..
ingatkanlah aku.. mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis..
Allah, jadikanlah aku hambaMu yang betaQwa..
moga disana nanti aku mendapat syafaat Rasul tercinta dan bertemu denganMu..

Allahumma amin..



Sunday, 22 April 2012

ayat 1000 dinar


Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3.

Kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah : -Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara. -Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah. -Di baca ketika hendak menaiki kenderaan. -Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insyaAllah si pesakit akan sembuh.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jika diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak tiga kali, insyaAllah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak disangka-sangka dan Allah akan menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung daripada segala bala di darat dan di laut.
Jika mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh negara, beramal lah selalu dengan ayat ini selepas solat lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah SWT.
Jika masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakal kepada Allah, baca ayat ini sesudah solat lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
[http://alivewire.wordpress.com]



ittaQillah..
bumi Allah luass.. rezQi Allah ada dimana-mana.
buat apa pun kerana Allah.
'la takhaf wa la tahzan, innallahama ana' 

moga bermanfaat ;)

Friday, 20 April 2012

sahaja aku menutup aurat kerana Allah Ta'ala..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah.. lepas tengok al-kuliyyah TV3 tadi terus terilham nak menulis entry dalam belog ni.. sebelum ni pun pernah ada entry aurat dijaga maruah terpelihara. kali ni tambah sikit. sedikit perkongsian dari hati yang masih cetek ilmuNya..

firstly, muhasabah diri. renung dalam diri sendiri.. niat menutup aurat!

Pakaian lambang peribadi. Luaran yang diri sendiri perlihatkan adalah salah satu penyebab bagaimana 'first impression' manusia terhadap diri kita. Persekitaran mungkin mendesak saya berbicara tentang ini. Luaran terkadang tidak seiring dengan dalaman. Bimbang andai menjadi fitnah pula ..
Terkadang yang menutup sedikit lebih baik daripada yang menutup banyak. Tetapi manusia itu tetap manusia yang punya kesalahan dan tidak sempurna. tetapi masih punya peluang untuk menjadi lebih baik!

Allah ciptakan wanita itu memang cantik. yes, cantik itu subjektif dan pandangan setiap orang berkaitan cantik itu berbeza. dan cantik yang sebenar-benar cantik itu adalah apabila dia menutup aurat dengan sempurna. cantik mengikut syariat!

saya juga ingin cantik! cantik dimata Allah.. masih punya masa untuk berubah menjadi cantik dipandanganNya. mari kita sama-sama..

usah tuding jari pada orang lain, refleksi diri sendiri..
dulu saya rasa saya cantik memakai shawl yang jarang.. saya rasa saya cantik memakai jeans dan tshirt.. saya rasa saya cantik mekap tebal-tebal.. tapi benarkah saya cantik?? Allah, itulah bisikan syaitan yang suka jatuhkan kita. konon cantik..konon up-to-date.. tapi Allah murka :( astaghfirullah..
apa niat kita masa pakai semua tu? sahaja aku pakai cantik-cantik biar semua orang kata aku cantik???

Allahurobbi, moga diampunkan dosa lalu..

mula jatuh hati dengan mereka. yang bertudung labuh. ayu. cantik. mendamaikan. bertuahnya mereka berpeluang menyarung pakaian 'mahal' tu. teringin.. kali ni ubah niat. sahaja aku pakai 'macam ni' kerana Allah Ta'ala..

ada satu cerita..
dizaman yang serba moden ni, masih ada ibubapa yang risau melihat anaknya bertudung labuh atau berkawan dengan si tudung labuh. risau anaknya mengikut jemaah yang entah apa-apa kononya.. ada juga suami yang anti melihat isterinya memakai pakaian longgar, menutup aurat. bimbang kalau kawan-kawannya mengutuk. haihhhh, itulah manusia.. begitu prejudis terhadap tudung labuh dan pakaian yang longgar.

Duhai ibu ayah dan para suami, berikanlah hak istimewa iaitu hak yang sebenar untuk anak-anak dan isteri kalian memakai pakaian yang menutup aurat. Kenapa perlu dihalang bila mereka mahu melakukan suruhan agama? Bukankah bila mereka menutup aurat dan kalian pula mengizinkan, pahalanya turut kalian dapat..


duhai sahabat, istiQomahlah menutup aurat kerana Allah..
fahamilah konsep menutup aurat dengan sempurna. aurat itu bagi seorang wanita ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Itu tafsiran mudahnya mengikut ayat dari Surah an-Nur ayat 31. tanya diri sendiri, "aku ni dah tutup aurat dengan sempurna ke?" kalau "ya", Alhamdulillah..

orait..sekarang kena fahamilah pulak, bila perbuatan ini ada dalam Quran, maknanya ia suruhan Allah. Suruhan Allah adalah WAJIB. Bila buat dapat PAHALA, tak buat BERDOSA. Penting kena ingat ialah BERDOSA kalau TAK TUTUP AURAT.

 okeh, dan sekarang menutup semua pun kena ikut syariat. takmau jarang-jarang, nipis-nipis., tutup semua kecuali muka dan tapak tangan, tak nampak body cun beserta lemak berlebihan dan tudung dilabuhkan ke bawah paras dada..

habis cerita aurat. ekceli segalanya adalah bergantung pada diri kita.. kita sendiri pilih. dosa atau pahala. tak susah pun. yang belum sempurna, mari kita cuba sempurnakan. yang dah sempurna, moga istiQomah.
yang penting, niat SAHAJA AKU MENUTUP AURAT KERANA ALLAH TA'ALA.

SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH..

wallahua'lam..

Wednesday, 18 April 2012

proud to be a nurse!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalam wbt..
brothers and sisters,

entry pagi hari ni ingin berkongsi tentang posting. yeahh~ macam semangat je kan ;P
firstly, cik manis nak bagitau dan nak ingatkan diri sendiri bahawasanya bidang misi ni telah pun menjadi satu bidang yang profesional walaupun orang ramai still memandang hanya doctor, engineer, lawyer, etc itulah yang profesional.. no..no..no.. bidang misi yang cik manis dah termasuk ni pun satu bidang yang profesional. tak semua boleh jadi misi, tapi  misi boleh jadi semua.. sebagai contoh, maaf ye.. cikgu tak boleh nak jadi misi, tak reti nak merawat orang sakit, tetapi misi boleh jadi cikgu, inshaAllah. ;) misi boleh jadi kaunselor, misi boleh jadi adviser, misi boleh jadi supermom!! ;D opss, itu hanya intro kepada entry.. nak menegaskan bahawa cik misi-cik misi semua perlu bersikap profesional.. macam bajet profesional je cik manis kan. no, ini juga peringatan buat diri sendiri ;)) *terima teguran dengan hati terbuka*

orait, nak dijadikan ceritanye, cik manis dapat posting di female psychiatric ward.. apa pandangan anda? ohsss, ofkos  mesti ramai yang memberi respon, "kesiannya, kenapa dapat kat situ.." ;) senyum je dengan pandangan mereka.  stigma masyarakat memang tak boleh blah da.. itu masyarakat awam, tapi anda yang berbakti di medan medical juga kenapa harus ber'stigma' begitu? bukan kah anda seorang yang profesional? hee, pengakuan jujur cik manis okey.. pada awal nya cik manis pun sedih, kenapa dapat posting kat situ. see, negatif kan. tapi bila jejak je kaki kat tempat tu, buat cik manis senyum.. bukan senyum melihat telatah mereka yang menetap dalam tu, tapi tanda redha pada Allah sebab Dia bagi yang terbaik buat cik manis.. cik manis tahu Allah itu Lebih Tahu. Alhamdulillah ya Allah ;)

special area. yes! tempat tu special area.. tak semua orang boleh masuk ke tempat tu. so, sedikit terjaga la kan. Alhamdulillah, syukur untuk tu. tak perlu nak jumpa ramai orang dan terhad lelaki yang masuk wad tu. (cuma beberapa staf laki kat situ je)

tak penat. wahh, ni yang syok.. senior staffnurse cakap, "kalau ko duduk kat medical ward, surgical ward, icu, hdw, apa je.. patah kaki babe..!! ini HKL, aku dah serik.." haa, bersyukurlah dapat ward psy1.. kami cuma jaga diorang, tengok-tengokkan diorang, layan kerenah dorang.. macam jaga budak tadika pun ade.. seronokkkkk~

cita-cita?? ehemm, bila termasuk bidang misi ni cik manis dah terpendam satu cita-cita. nak sambung belajar lagi dan lagi.. inshaAllah kalau ada keizinan dari Allah. so, kenapa nak frust? boleh sambung dalam bidang psikiatrik kan..? okey, settle.. tak payah nak susah2 belajar dalam bidang laen.

impian..? sebagai wanita, ofkos cikmanis punye impian nak jadi isteri dan ibu, rite...? eh, tak mao lah jadi ibu dan isteri yang terlalu sibuk. so, dekat psy ward ni, takdelah sibuk sgt. smpai masa habis waktu kerja boleh balik rumah terus, tak penat, tak stress dengan pesakit.. layannn je diorang ;P


apa lagi yee... dah blank, nanti ade lagi cikmanis tambah lagi. tapi buat masa sekarang itulah yang manis rasa elok sangat dah dapat ward tu. hehe ;D bukan memujuk hati, tapi cuba berlapang dada, terima dengan hati terbuka. Allah tahu apa yang cik manis nak, Dia bagi lah yang tebaik dan inilah yang terbaik buat cik manis. ^______^ cuba duduk dan tanya diri, kenapa nak sangat pilih kawasan kerja? yes, tempat sibuk boleh gain more experience, banyak boleh blajar jugak. untuk anda yg dapat wad mcm tu, jadilah misi yang terbaik. jangan pulak bila da letih buat kerja, penat layan patient yg fussy, korang nak mengamuk pulak kt patient.. (ingatkan je okey, juga peringatan buat diri sendiri) ;)


wherever we are, we are a nurse, moga kita jadi misi yang baek dan terbaek ;) dimana-mana pun kita ditempatkan, kita adalah misi untuk merawat dan kenjaga pesakit.. tugas adalah sama, cuma pesakit dan diagnosa yang berbeda, okep!! mereka perlukan kita, mari kita tanam dalam diri jadi misi yang baik.
ikhlaskan hati bekerja kerana Allah, jangan kerana ingin dapat nama. kerja itu ibadah! *ingatan juga buat diri sendiri*

saya sayang semua pesakit saya.. mereka sama macam kita dan kita pun sama macam mereka... jalan cerita masalah yang hampir sama, paranoid, feeling top of the world, depressed.. kita pun kadang-kadang punya rasa macam tu kan. bila ada masalah kita downnnn, terlalu rasa downn.. bila happy, bila terlalu happy sampai lupa Allah.. kita juga suka sangka yang bukan-bukan. tapi Alhamdulillah, bezanya antara kita dan mereka, kita masih mampu mengawal emosi, handle masalah dan paling penting kita masih ingat Allah dalam apa jua keadaan. inshaAllah, kalau ingat Allah, Allah jaga kita..

HAHA, satu lagi yang kelakar ingin dijelaskan.. penyakit ini tidak berjangkit okey!! setakat ini, ahli saintis tidak menjumpai  sebarang virus kurang kewarasan mental yang boleh disebarkan.. Allahurobbi..

*ya Allah, lindungilah kami, sihatkanlah mental dan fizikal kami. jadikan kami orang sentiasa mengingatiMu, bersyukur padaMu dan sentiasa beribadah keranaMu.


# ini hanya pandangan cikmanis. maaf jika ada yang tidak selesa ;) sekadar perkongsian.

Sunday, 15 April 2012

jika aku jatuh hati, ya Allah..


Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…
Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…
Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…
Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…
Amin ya rabbal alamin…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

solat sunat dan fadhilatnya

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Rodhitubillahi robba, wabil islami deena, wabihumaadin nabiyya warosula..
Alhamdulillah, sedikit perkongsian di pagi hari ;) moga sama-sama mendapat manfaat..

Semua umat Islam tahu kewajipan solat 5 waktu yang di fardhukan ke atas kita dan ganjaran yang Allah akan bagi kepada kita kerana mengerjakan solat 5 waktu. Setiap waktu lain fadhilatnya.

Tetapi solat sunat juga di tuntut oleh syarak kerana besar fadhilatnya jika kita kerjakan walaupun ianya sunat. Sunat bermaksud, buat dapat pahala tak buat tak dapat apa-apa.

SOLAT SUNAT RAWATIB

Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.

SOLAT SUNAT DHUHA

Solat sunat dhuha biasanya di lakukan ketika matahari sedang naik. Lakukan sekurang kurangnya dua rakaat. Sabda Rasullullah SAW yang maksudnya: “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

SOLAT SUNAT HAJAT
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

Setiap manusia pasti ada mempunyai banyak hajat. Jadi, berdoalah pada Allah dan minta apa yang kita hajati dan dengan syarat, jangan berdoa dan mohon hajat yang luar dari tuntutan syara'.

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.

SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi.
Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.

SOLAT SUNAT TASBIH
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih.Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.

SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi kemudian disusuli dengan solat tahajjud.

Solat Taubat bukan hanya di lakukan apabila membuat dosa-dosa besar sahaja, malah memohon ampun pada Allah utk setiap dosa yang kita lakukan. Sebagai manusia biasa, kita bukan ada sifat maksum seperti para Anbiya'. Di sebabkan itu kita di tuntun melakukan solat sunat taubat sebelum tidur. Sesungguhnya manusia tidak lari daripada melakukan dosa. Wallahu a'lam.


Nabi SAW bersabda:
"Sesiapa yang mengerjakan sembahyang sunat sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam, maka Allah SWT membina mahligai di dalam syurga untuknya."

Menurut hadis yang lain, baginda SAW bersabda:
"Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat yakni apa-apa jenis sembahyang sunat yang dilakukan dalam tempat yang sunyi tanpa ada yang melihat melainkan Allah dan malaikatNya, nescaya ditetapkan baginya kelepasan dari neraka."
Apabila kiamat sudah berlaku, datanglah sekalian malaikat tadi membawa hadiah pakaian sambil berdiri di atas kuburnya, lalu mereka berseru:
"Wahai penghuni kubur, bangunlah kamu dengan keizinan daripada Allah Taala, kerana di kalangan kamu ada seorang yang termasuk dalam golongan mereka yang terselamat dan sejahtera."

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


.."Di dalam melayari bahtera mencari keredhaan Allah kadang-kadang ada pasang ada surutnya kerana Iman pastinya adakala turun dan ada kalanya naik"..

..Semoga Ilmu yang bermanfaat ini dapat mengingati diri kita supaya dapat terus beribadah dan dapat melayari bahtera kehidupan dengan penuh istiqomah"

Saturday, 14 April 2012

fadhilat solat tahajjud

Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)


Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”


Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).

Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).

Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).

Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Wassalam.

#perkongsian dari jalan akhirat