Barangsiapa
yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah
hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan
barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan
keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang
dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi
tiap-tiap sesuatu.
Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3.
Kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah : -Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara. -Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah. -Di baca ketika hendak menaiki kenderaan. -Jikalau
dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan
dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali
diberi minum, insyaAllah si pesakit akan sembuh.
Ayat
ini mengandungi seribu faedah jika diamalkan setiap kali lepas solat
sebanyak tiga kali, insyaAllah akan beroleh seribu faedah, barang siapa
yang beramal ayat ini Allah
taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah
akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak disangka-sangka dan Allah
akan menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan
yakin kepada Allah, terlindung daripada segala bala di darat dan di
laut.
Jika
mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman
orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh
negara, beramal lah selalu dengan ayat ini selepas solat lima waktu,
mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah SWT.
Jika
masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di
pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang
bahaya, hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakal kepada Allah, baca
ayat ini sesudah solat lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali,
baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
[http://alivewire.wordpress.com]
ittaQillah..
bumi Allah luass.. rezQi Allah ada dimana-mana.
buat apa pun kerana Allah.
'la takhaf wa la tahzan, innallahama ana'
moga bermanfaat ;)
No comments:
Post a Comment
kata anda..