weloveweshare

Sunday, 15 April 2012

solat sunat dan fadhilatnya

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Rodhitubillahi robba, wabil islami deena, wabihumaadin nabiyya warosula..
Alhamdulillah, sedikit perkongsian di pagi hari ;) moga sama-sama mendapat manfaat..

Semua umat Islam tahu kewajipan solat 5 waktu yang di fardhukan ke atas kita dan ganjaran yang Allah akan bagi kepada kita kerana mengerjakan solat 5 waktu. Setiap waktu lain fadhilatnya.

Tetapi solat sunat juga di tuntut oleh syarak kerana besar fadhilatnya jika kita kerjakan walaupun ianya sunat. Sunat bermaksud, buat dapat pahala tak buat tak dapat apa-apa.

SOLAT SUNAT RAWATIB

Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.

SOLAT SUNAT DHUHA

Solat sunat dhuha biasanya di lakukan ketika matahari sedang naik. Lakukan sekurang kurangnya dua rakaat. Sabda Rasullullah SAW yang maksudnya: “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

SOLAT SUNAT HAJAT
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

Setiap manusia pasti ada mempunyai banyak hajat. Jadi, berdoalah pada Allah dan minta apa yang kita hajati dan dengan syarat, jangan berdoa dan mohon hajat yang luar dari tuntutan syara'.

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.

SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi.
Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.

SOLAT SUNAT TASBIH
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih.Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.

SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi kemudian disusuli dengan solat tahajjud.

Solat Taubat bukan hanya di lakukan apabila membuat dosa-dosa besar sahaja, malah memohon ampun pada Allah utk setiap dosa yang kita lakukan. Sebagai manusia biasa, kita bukan ada sifat maksum seperti para Anbiya'. Di sebabkan itu kita di tuntun melakukan solat sunat taubat sebelum tidur. Sesungguhnya manusia tidak lari daripada melakukan dosa. Wallahu a'lam.


Nabi SAW bersabda:
"Sesiapa yang mengerjakan sembahyang sunat sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam, maka Allah SWT membina mahligai di dalam syurga untuknya."

Menurut hadis yang lain, baginda SAW bersabda:
"Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat yakni apa-apa jenis sembahyang sunat yang dilakukan dalam tempat yang sunyi tanpa ada yang melihat melainkan Allah dan malaikatNya, nescaya ditetapkan baginya kelepasan dari neraka."
Apabila kiamat sudah berlaku, datanglah sekalian malaikat tadi membawa hadiah pakaian sambil berdiri di atas kuburnya, lalu mereka berseru:
"Wahai penghuni kubur, bangunlah kamu dengan keizinan daripada Allah Taala, kerana di kalangan kamu ada seorang yang termasuk dalam golongan mereka yang terselamat dan sejahtera."

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


.."Di dalam melayari bahtera mencari keredhaan Allah kadang-kadang ada pasang ada surutnya kerana Iman pastinya adakala turun dan ada kalanya naik"..

..Semoga Ilmu yang bermanfaat ini dapat mengingati diri kita supaya dapat terus beribadah dan dapat melayari bahtera kehidupan dengan penuh istiqomah"

No comments:

Post a Comment

kata anda..