IKHLAS itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.. di malam yang amat kelam... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat... jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana di sebalik terang bulan itu banyak kegelapannya.......
jom kita hayati satu riwayat cerita di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hurairah
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bahawasan ya manusia yang pertama dipanggil untuk diadili di hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Dia datang kepada Allah TuhanNya sambil dia sendiri telah mengetahui nikmat apa yang akan diterimanya. Allah bertanya kepadanya "apakah amal kamu?" "Jawabnya aku berperang untukmu hingga aku mati syahid". Allah berkata kepadanya "engkau bohong, engkau berperang agar manusia mengatakan engkau seorang gagah, berani dan engkau sudah dikatakan begitu sebagaimana yang engkau kehendaki." Kemudian orang itu dihela masuk ke neraka.
Adapun yang menuntut ilmu dan telah mengajar pula serta menjadi pembaca Al-Quran, orang ini dibawa ke pengadilan Tuhan di hari kiamat sedang dia sendiri telah mengetahui nikmat yang akan diterimanya. Dihadapan Tuhan ditanya "apa amalmu" jawabnya "aku banyak membaca Al Quran" Berfirman Allah kepadanya "engkau bohong! Engkau menuntut ilmu itu agar dikatakan orang engkau seorang yang alim, engkau membaca Al-Quran itu supaya dikatakan orang seorang Qari dan yang demikian itu telah engkau dikatakan orang" kemudian orang itu pun dihela masuk ke dalam neraka.
Adapun seorang lelaki yang telah mendapat kelapangan rezeki sebahagian hartanya dibahagikan kepada orang lain kemudian orang itu pun dibawa menghadap Allah untuk dibicarakan dan dia sendiri telah mengetahui nikmat yang akan diterimanya. Di hadapan Allah dia ditanya "apa kerjamu" dia menjawab "aku telah membelanjakan hartaku kepada jalan yang engaku redhai dan itu telah aku kerjakan kerana engkau". Allah telah berfirman kepadanya "engkau berbohong engkau berbuat demikian itu adalah supaya dikatakan orang engkau seorang pemurah sedangkan yang demikian itu telah dikatakan orang" kemudian orang itu pun dihela masuk ke dalam api neraka.
Demikianlah riwayat hadis tiga jenis orang beramal tidak ikhlas. Amalan mereka ditolak tidak diterima oleh Allah dan akibatnya mereka dicampakkan ke dalam api neraka.
Allah je yang tahu kita ikhlas atau tak, kita sendiri pun tak mampu nak menilai. silap penilaian boleh jadi ujub, riyak, takabbur pulak.. moga kisah diatas bermanfaat untuk dikongsi bersama ;)
No comments:
Post a Comment
kata anda..