once upon a time............
ini saya----> (o.o)
saya cuma seorang hamba yang cuba mencari cintaNya.
mencari cinta dari sang pencipta cinta yang Maha Suci.
sehingga sekarang, saya merasa saya bukan siapa-siapa.
saya ingin meraih redhaNya. itu yang saya impikan.
namun terkadang, dalam usaha mencari mahar untuk keJannahNya,
saya tersadung, banyak halangan..
saya cuba untuk bangun. saya bangun. saya bangun. saya bangun.
dan saya terjatuh lagi. ada air jernih mengalir di pipi.
sahabat kata, air jernih itu mengeluarkan segala derita.
saya keluarkan lagi air jernih itu.
moga segala sakit perih keluar dari hati.
yang tinggal hanya bahagia.
saya bercerita dengan DIA.
benar. Allah itu dengar rintihan saya.
Dia bagi saya pinjam sedikit pelangi.
saya senyum. baiknya Allah. saya memuji.
saya berjalan lagi. jalan penuh duri.
Allah uji saya.
saya ingatkan Dia bagi saya tempat untuk kukuh berdiri.
tapi, sekejap saja Dia bagi pinjam.
kemudian Dia ambil balik.
saya sedih lagi. sedih. sedih.
Allah bagi anugerah lain.
hantar sahabat untuk pujuk saya.
Laa Tahzan, innallahamaa'na.
itulah yang sahabat cakap.
saya tersenyum.
Allah campakkan tenang itu.
saya yakin. Allah takkan biarkan saya sorang-sorang.
Allah itu sayang hambaNya. lebih dari seorang ibu menyayangi anaknya.
saya yakin, saya tahu Allah sayang saya.
sebab tu Dia bagi saya macam-macam.
dan saya perlu jalankan tugas saya sebagai hamba.
patuh suruhanNya, tinggal laranganNya.
saya rindu masa berdating denganNya. rindu Rasulullah saw.
itulah rindu yang paling nikmat.
rindu yang paling Agung.
tapi kadang-kadang saya pun terlalai.
Allah cubit saya. sakit. sakit sangat...
saya tahu Allah nak ingatkan saya supaya jangan lalai.
saya mohon lagi, biar Allah peluk hati saya.
saya takut saya jauh dariNya.
Allah, jangan tinggalkan saya.
saya bukan siapa-siapa tanpaMu.
segala yang ada pada saya hanya pinjaman dariMu.
Allah, maafkan saya, kerana telah banyak dosa yang saya lakukan.
Allah jangan hilangkan nikmat iman dan islam yang telah Kau beri pada saya.
Allah.. Allah.. Allah..
No comments:
Post a Comment
kata anda..