"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."
dalam hidup tak siapa yang tak pernah diuji. ujian Allah itu tanda dia concern dengan kita. say Alhamdulillah.
dalam perit pedih hadapi ujian Allah, kita perlu berlapang dada, redha.. itulah dia hamba yang beriman. Anda mengaku anda beriman, 'beriman kepada Qada' dan Qadar Allah', berimanlah yakni percaya bahawa setiap sesuatu yang terjadi adalah dengan kehendakNya. siapa yang mampu melawan kehendakNya? tiada siapa. DIA lah yang berkuasa, rite!
"kenapa semua ni terjadi kat aku??" sape yang rasa teruji, pasti akan ada persoalan macam tu kan. kalau kita ada 3ekor ayam, kita tanya dulu ke ayam tu kita nak sembelih yang mana? of cos la tak kan. begitu juga tuan kita, iaitu Yang Maha Kuasa, Dia berhak pilih siapa saja yang untuk diuji. kita tiada hak untuk mempersoalkannya.
sudah menjadi lumrah, kalau kita diuji dengan rasa sakit sedikit, kita pasti akan cari tuhan. "Oh my God", "ya Allah", "Allahurobbi".. see, kita sangat memerlukan Dia.. "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129 ..
bersabarlah duhai hati-hati yang diuji, ujian itu mematangkan iman. "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 ..
andai dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. jadi, mari kita lapangkan dada dan redha, moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku.. husnu dzon kepada Allah!!
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
'saya minta kpd TUHAN setangkai bunga segar,DIA beri kaktus berduri.SAYA mnta kupu2,diberi ulat beluncas.saya sedih &kcewa.Namun kemudian,kaktus itu berbunga,indah sekali.Dan ulat itupun mnjadi kupu2 yg cantik.itulah jalan TUHAN,indah pada masa yg ditetapknNYA.TUHAN tidak memberi apa yg kita harapkn,tapi DIA memberi apa yg kita perlukan,kdg2 kite rasa sedih,kecewa,terluka,tapi jauh diatas sana DIA sedang mengatur yg TERBAIK UNTUK KITA...'
senyummmm ^__^
#nota kaki: terima kasih buat sahabat yang sentiasa ada. "terima kasih awak, sayang awak!"
No comments:
Post a Comment
kata anda..