Assalam wbt..
brothers and sisters,
entry pagi hari ni ingin berkongsi tentang posting. yeahh~ macam semangat je kan ;P
firstly, cik manis nak bagitau dan nak ingatkan diri sendiri bahawasanya bidang misi ni telah pun menjadi satu bidang yang profesional walaupun orang ramai still memandang hanya doctor, engineer, lawyer, etc itulah yang profesional.. no..no..no.. bidang misi yang cik manis dah termasuk ni pun satu bidang yang profesional. tak semua boleh jadi misi, tapi misi boleh jadi semua.. sebagai contoh, maaf ye.. cikgu tak boleh nak jadi misi, tak reti nak merawat orang sakit, tetapi misi boleh jadi cikgu, inshaAllah. ;) misi boleh jadi kaunselor, misi boleh jadi adviser, misi boleh jadi supermom!! ;D opss, itu hanya intro kepada entry.. nak menegaskan bahawa cik misi-cik misi semua perlu bersikap profesional.. macam bajet profesional je cik manis kan. no, ini juga peringatan buat diri sendiri ;)) *terima teguran dengan hati terbuka*
orait, nak dijadikan ceritanye, cik manis dapat posting di female psychiatric ward.. apa pandangan anda? ohsss, ofkos mesti ramai yang memberi respon, "kesiannya, kenapa dapat kat situ.." ;) senyum je dengan pandangan mereka. stigma masyarakat memang tak boleh blah da.. itu masyarakat awam, tapi anda yang berbakti di medan medical juga kenapa harus ber'stigma' begitu? bukan kah anda seorang yang profesional? hee, pengakuan jujur cik manis okey.. pada awal nya cik manis pun sedih, kenapa dapat posting kat situ. see, negatif kan. tapi bila jejak je kaki kat tempat tu, buat cik manis senyum.. bukan senyum melihat telatah mereka yang menetap dalam tu, tapi tanda redha pada Allah sebab Dia bagi yang terbaik buat cik manis.. cik manis tahu Allah itu Lebih Tahu. Alhamdulillah ya Allah ;)
special area. yes! tempat tu special area.. tak semua orang boleh masuk ke tempat tu. so, sedikit terjaga la kan. Alhamdulillah, syukur untuk tu. tak perlu nak jumpa ramai orang dan terhad lelaki yang masuk wad tu. (cuma beberapa staf laki kat situ je)
tak penat. wahh, ni yang syok.. senior staffnurse cakap, "kalau ko duduk kat medical ward, surgical ward, icu, hdw, apa je.. patah kaki babe..!! ini HKL, aku dah serik.." haa, bersyukurlah dapat ward psy1.. kami cuma jaga diorang, tengok-tengokkan diorang, layan kerenah dorang.. macam jaga budak tadika pun ade.. seronokkkkk~
apa lagi yee... dah blank, nanti ade lagi cikmanis tambah lagi. tapi buat masa sekarang itulah yang manis rasa elok sangat dah dapat ward tu. hehe ;D bukan memujuk hati, tapi cuba berlapang dada, terima dengan hati terbuka. Allah tahu apa yang cik manis nak, Dia bagi lah yang tebaik dan inilah yang terbaik buat cik manis. ^______^ cuba duduk dan tanya diri, kenapa nak sangat pilih kawasan kerja? yes, tempat sibuk boleh gain more experience, banyak boleh blajar jugak. untuk anda yg dapat wad mcm tu, jadilah misi yang terbaik. jangan pulak bila da letih buat kerja, penat layan patient yg fussy, korang nak mengamuk pulak kt patient.. (ingatkan je okey, juga peringatan buat diri sendiri) ;)
wherever we are, we are a nurse, moga kita jadi misi yang baek dan terbaek ;) dimana-mana pun kita ditempatkan, kita adalah misi untuk merawat dan kenjaga pesakit.. tugas adalah sama, cuma pesakit dan diagnosa yang berbeda, okep!! mereka perlukan kita, mari kita tanam dalam diri jadi misi yang baik.
ikhlaskan hati bekerja kerana Allah, jangan kerana ingin dapat nama. kerja itu ibadah! *ingatan juga buat diri sendiri*
saya sayang semua pesakit saya.. mereka sama macam kita dan kita pun sama macam mereka... jalan cerita masalah yang hampir sama, paranoid, feeling top of the world, depressed.. kita pun kadang-kadang punya rasa macam tu kan. bila ada masalah kita downnnn, terlalu rasa downn.. bila happy, bila terlalu happy sampai lupa Allah.. kita juga suka sangka yang bukan-bukan. tapi Alhamdulillah, bezanya antara kita dan mereka, kita masih mampu mengawal emosi, handle masalah dan paling penting kita masih ingat Allah dalam apa jua keadaan. inshaAllah, kalau ingat Allah, Allah jaga kita..
HAHA, satu lagi yang kelakar ingin dijelaskan.. penyakit ini tidak berjangkit okey!! setakat ini, ahli saintis tidak menjumpai sebarang virus kurang kewarasan mental yang boleh disebarkan.. Allahurobbi..
*ya Allah, lindungilah kami, sihatkanlah mental dan fizikal kami. jadikan kami orang sentiasa mengingatiMu, bersyukur padaMu dan sentiasa beribadah keranaMu.
# ini hanya pandangan cikmanis. maaf jika ada yang tidak selesa ;) sekadar perkongsian.
No comments:
Post a Comment
kata anda..