sisters and brothers, Assalamualaikum wbt..
siapa kita untuk menilai.. Allahurobbi, nabi saw pernah kata, "binasalah dia yang menilai orang itu".. sungguh kita tiada hak untuk menilai, kuasa menilai itu hanya pada Allah. janganlah kita merebut kuasa itu daripadaNya.
mari kongsi satu cerita ini, sangat menarik..
"Ketika mana seorang bayi sedang menyusu susu ibunya, tiba-tiba lalu seorang lelaki yang menunggang kenderaan yang mewah dan penampilan yang hebat. Si ibu berdoa "Ya Allah jadikanlah anakku ini seperti lelaki ini." Lalu bayi tersebut meninggalkan puting susu ibunya dan melihat ke arah lelaki tersebut, seraya berkata " Ya Allah jangan jadikan aku sepertinya." Kemudian itu menghadap kembali puting susu ibunnya dan meneruskan menyusu.
Kemudian lalu sekumpulan manusia yang memukul seorang hamba wanita sambil berkata " Engkau berzina , engkau mencuri." Perempuan itu hanya berkata حسبي الله ونعم الوكيل . Si ibu yang sedang menyusukan anaknya berkata "Ya Allah jangan jadikan anakku seumpamanya." Bayi itu sekali lagi meninggalkan puting susu ibnunya dan melihat ke arah perempuan itu , seraya berkata "Ya Allah jadikanlah aku seumpama perempuan itu."
Kemudian berlaku perbincangan diantara si ibu dan si anak yang masih bayi. Si ibu berkata "Tadi apabila lalu seorang lelaki yang elok penampilannya, aku pun berkata "Jadikan anakku seumpamanya." Engkau pula berkata "Ya Allah jangan jadikan aku seperti lelaki ini." Bila manusia memukul seorang wanita sambil berkata "Engkau berzina , engkau mencuri." Aku pun berdoa " Ya Allah jangan jadikan anakku seumpamanya." Namun engkau berdoa "Ya Allah jadikan aku sepertinya." Kenapa engkau menyalahi doaku?"
Si anak menjawab:
"Sesungguhnya lelaki itu sebenarnya adalah seorang samseng, lalu aku berdoa "Ya Allah jangan jadikan aku sepertinya." Adapun perempuan ini yang dilemparkan kepadanya tuduhan "Engkau berzina, engkau mencuri."Sedangkan dia tidak melakukan semua itu. Oleh itu aku berdoa "Ya Allah jadikan aku sepertinya (bebas dari melakukan maksiat)."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim - sahih)Kemudian berlaku perbincangan diantara si ibu dan si anak yang masih bayi. Si ibu berkata "Tadi apabila lalu seorang lelaki yang elok penampilannya, aku pun berkata "Jadikan anakku seumpamanya." Engkau pula berkata "Ya Allah jangan jadikan aku seperti lelaki ini." Bila manusia memukul seorang wanita sambil berkata "Engkau berzina , engkau mencuri." Aku pun berdoa " Ya Allah jangan jadikan anakku seumpamanya." Namun engkau berdoa "Ya Allah jadikan aku sepertinya." Kenapa engkau menyalahi doaku?"
Si anak menjawab:
"Sesungguhnya lelaki itu sebenarnya adalah seorang samseng, lalu aku berdoa "Ya Allah jangan jadikan aku sepertinya." Adapun perempuan ini yang dilemparkan kepadanya tuduhan "Engkau berzina, engkau mencuri."Sedangkan dia tidak melakukan semua itu. Oleh itu aku berdoa "Ya Allah jadikan aku sepertinya (bebas dari melakukan maksiat)."
tersenyum saya membacanya, terasa ingin berkongsi bersama sahabat. dalam bahasa yang sering orang-orang modern gunakan 'don't judge a books by its cover' ..benar, dari mata jatuh ke hati. kita melihat menggunakan mata kurniaan Allah. bersyukurlah kita diberi pinjam mata itu olehNya. namun jangan lupa kita juga punya hati dan akal kurniaanNya, gunakanlah hati jua untuk menilai, akal untuk berfikir.
husnu dzon. bersangka baiklah sesama kita. jangan hanya dengan melihat luaran, kita menilai sesuatu itu samada baik atau buruk. hebat sangatkah kita untuk menilai mereka, ketahuilah bahawa DIA itu LEBIH HEBAT.memang susah untuk bersangka baik jika kita memang sentiasa berfikiran negatif. cuba positifkan diri, sedar diri adalah hamba, inshaAllah dalam apa jua keadaan kita akan sentiasa bersangka baik.
kita ini bukan lah siapa-siapa untuk menilai insan lain. Allah yang Tahu segala.
"kita bajet kita paling baik, paling beriman, paling tinggi darjat disisiNya, lebih baik dari mereka.. tapi kerana sifat ujub, riyak, takabbur yang tertanam dalam hati, kosong segala amalan kita. tidakkah ianya sia-sia.."
"orang yang melakukan salah silap dosa kerana kejahilannya itu sebenarnya adalah lebih baik dari manusia yang tahu tetapi melakukan dosa." Allahurobbi..
usahlah menghisab diri sendiri atau orang lain kerana yang berhak hanyalah DIA Azzawajalla.. wallahua'lam.
sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment
kata anda..