Allahuakbar. gempa bumi lagi di Acheh. hanya gegaran yang kecil disini dah buat kita semua 'kecut perut'. bersyukur, di bumi Malaysia masih selamat dari gegaran yang kuat hingga memusnahkan beribu nyawa. namun, disana.. mereka lagi teruk menanggung, mereka merasa.. Allahurobbi.. doakan mereka.
pelbagai media dan rakan fb menyebarkan berita. itulah, janji Allah itu benar. janji 1400 tahun dahulu. ingatkah kita? Astaghfirullah.. jauhilah kami dari menjadi hamba yang lalai :(
Apabila bumi digegarkan sedahsyat-dahsyatnya;
Serta bumi itu mengeluarkan segala isi-isinya;
Maka manusia pun terpinga-pinga berkata, "Apa sudah terjadi kepada bumi??"
Pada hari itu bumi pun mengkhabarkan perihalnya;
Bahawa Tuhanmu telah memerintahkannya sedemikian.
Pada hari itu, diselerakkan manusia keluar, dan ditunjukkan kepada mereka amalan-amalan mereka..
Maka sesiapa yang beramal dengan satu zarah kebaikan, nescaya akan melihatnya!
Dan sesiapa yang beramal dengan satu zarah kejahatan, nescaya akan melihatnya!
(Al-Zalzalah)
No comments:
Post a Comment
kata anda..