berat mata memandang berat lagi bahu memikul. kerana kamu bukan aku, dan aku bukan kamu.
usah mudah menilai tanpa kamu meletakkan kaki didalam kasutku. sekalipun kamu cuba meletakkan kakimu dikasutku, kamu tetap tidak mampu menjadi aku. kerana kamu adalah kamu dan aku adalah aku. okeh!
oleh sebab kamu adalah kamu dan aku adalah aku, dan Allah Yang Maha Adil itu telah menetapkan sesuatu yang terjadi dalam hidupku adalah takdir yang telah tertulis untukku dan apa yang terjadi dalam hidupmu adalah takdir yang tertulis untukmu. sekalipun kamu cuba untuk memahami aku, aku yakin kamu tetap tidak sepenuhnya memahami aku, dan sekalipun aku cuba memahami kamu aku tetap tidak akan sepenuhnya memahami kamu. namun, yang bergelar sahabat itu, tetap cuba menjadi yang terbaik untuk memahami. TERIMA KASIH BANYAK! usaha anda sangat dihargai dan buat aku terharu. sobss~
siapa kita untuk menilai. janganlah mudah menilai sesuatu itu kerana kamu itu bukan aku. kamu tidak layak. janganlah jadi yang terbinasa.(sabda nabi saw, binasalah yang tidak memberi nilai rahmat kepada manusia lain) nauzubillah...
ketahuilah...setiap antara kita itu pastinya ada usaha untuk menjadi yang terbaik. paling tidak pun, ingin jadi yang terbaik buat diri sendiri. tanya diri, pastinya tidak ada dalam hati untuk rosakkan diri sendiri, bukan..
hargailah setiap insan. pandang mereka dengan pandangan yang baik-baik.. jika kamu tidak selesa dengan pandanganmu terhadapku, doakan aku menjadi yang lebih baik dari aku sekarang. moga Allah memakbulkan doamu dan menjadikan pandanganmu senang memandangku pada masa depan ;) ameen, ameen, ameen..
itulah, kerana kamu bukan aku dan aku bukan kamu. kamu tidak akan tahu apa didalam hatiku dan aku tidak tahu apa didalam hatimu. namun, husnu dzon itu mampu mendamaikan hati kamu dan aku bila kita saling berpandangan. pandanglah dengan rasa kasih keranaNya, timbullah mahabbah kerana Allah pula. pasti mendamaikan, kan..
kerana kamu bukan aku dan aku bukan kamu.. aku redha dengan apa yang Allah telah tetapkan untukku biarpun kadang kala aku cemburu dengan apa yang Allah berikan pada kamu. namun, aku yakin bahawasanya Allah itu Adil. mungkin kelebihan yang ada padamu tidak ada padaku tetapi kelebihan yang ada padaku pula pasti tidak ada padamu. Adil.. rasa adil itu pasti hadir bila kita jadi yang sentiasa bersyukur. ingatlah bahawa, orang yang bersyukur itu pasti akan sentiasa merasa cukup! ucaplah Alhamdulillah.. thank you Allah :)
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Laailahaillah..
wallahua'lam.. sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment
kata anda..