Subhanallah.. hebatkan penciptaan ya KhaliQ. Dialah Tuhan Yang Maha Hebat. cantik. itulah penciptaan yang sentiasa sempurna oleh Yang Maha Sempurna.
sape suke tengok sunset, senyum lebaq- lebaq ^________^ orait!
mari tengok sunset sama-sama. cuci mata..
credit to encik google dan encik sahabat untuk gambar-gambar diatas <3
cantikkan. itulah warna alam yang dilukiskan oleh Yang Maha Hebat. tak siapa yangg mampu 'mengomen' warna alam tersebut. ke ada jugak yang nak komen? "kalau tambah kaler hijau sikit, hitam sikit, pink sikit.." agak-agak cantik tak? mestilah tak kan. Allah dah buat semuanya sempurna. kita tengok pun rasa tenang. sape yang tengok dengan mata hati, tahu berfikir pasti rasa tenang tengok sunset kan. heee~ love sunset!
begitulah jua warna kehidupan kita.. Allah dah letakkan warna yang cukup indah. kenapa kita nak komen lagi. "kenapalah Allah bagi aku semua ni", "Allah, aku tak sanggup nak hadapi semua ni".. dan bla..bla..bla.. betul tak? [letakkan tangan didahi kalau betul] Astaghfirullah.. itulah manusia, suka nak gantikan tempat Dia, nak coretkan sendiri kisah kehidupan kita yang telah Allah tetapkan. kenapa tak yakin dengan Allah. Yakinlah, Allah itu tak pernah tidur dan tak pernah terlalai menguruskan makhlukNya. kalau adapun yang mengecewakan kita, yakinlah setiap yang Dia tetapkan pastinya untuk kebaikan kita. kita selalu doakan "Allah, peliharalah aku, lindungilah aku". so, Allah dah makbulkan doa kita. Dia Yang Maha Tahu. kita tak tahu. oleh sebab itu, haruslah kita berlapang dada menerima takdirNya yang telah ditetapkan untuk kita.
yang penting, YAKIN DENGAN JANJINYA.. Allah itu sentiasa ada, dan DIA takkan sesekali mengecewakan kita. YAKIN!!!! redha,sabar.. selepas itu baru kita akan tahu, indahnya warna kehidupan yang telah Allah coretkan untuk kita ;)
berseni ujianNya, abstrak keindahan hikmahnya..
wallahua'lam, sekian. wassalam..
No comments:
Post a Comment
kata anda..