weloveweshare

Sunday, 1 April 2012

"dia pilihanku"

-LOVELETTER-

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Assalamua'laikum wbt,
aku cuba menyempurnakan diri yang sangat tidak sempurna. ku tak harapkan yang sempurna untuk sempurnakanku, namun yang tidak sempurna itu akan menjadikan kami sempurna.
bukan putera raja yang kuharapkan, bukan jua intan berlian yang kuinginkan, cukuplah sekadar hamba Allah yang memiliki hati yang penuh cintanya pada Allah dan Rasul. Allah itu pemilik hati, tiada cinta padaNya, tiada jua rasa cinta pada hambaNya. Imam Shafie ada menyebut, "jangan kau cintai hamba yang tidak mencintai Allah, kerana jika mereka boleh meninggalkan Allah, mereka juga boleh meningglkanmu"

aku punya impian :) bagiku ia tersangat indah! Allah, meraih redhaMU itu cita-citaku. inginku sempurnakan separuh dari agamaku ini untuk meraih redhaMu. biarlah redha itu dari awal hingga akhir. tak dinafikan, aku terlalu demand. demand untuk mencari imam tidak salahkan. kerana dia yang akan meminpin kita suatu hari nanti. hitam jalan yang dibawanya, hitam jua lah kita nanti. putih jalannya, putih jualah kita.

yang kuharapkan hanyalah seorang suami yang mampu mengingatkan aku akan hari matiku. seorang suami yang akan mengejutkan dan bersama denganku di waktu tahajjud. seorang suami yang akan menceritakan kepada aku dan anak-anakku sirah para anbiya. seorang suami yang akan membacakan surah-surah ditelingaku. seorang suami yang akan meredhai aku, menjadikan aku bidadari dunia, dan kelak diSana aku tetap mahu menjadi bidadarinya. aku inginkan seorang suami yang bersama denganku hidup dengan syari'at islam, di jalan islam yang sebenar, menghidupkan sunnah Rasul tercinta. aku inginkan putera puteri kami membesar dengan islam dihati, mencintai Allah dan rasul lebih dari segalanya. mereka itulah bakal mujahid mujahidah islam yang akan menegakkan islam suatu masa nanti. Allah..mampukah aku..



kolot? islam itu kolotkah? adakah permintaanku ini keterlaluan? salahkah aku cuba untuk hidup di jalan islam yang sebenar. aku inginkan hidup yang luar biasa, bukan biasa-biasa seperti yang sesetengah dari mereka jalankan. ISLAM IS THE WAY OF LIFE. mengertikah ayat itu? its a beautifull words with million love!  we all are muslim, tapi benarkah kita benar-benar mengikut syariat islam? hanya dengan mengucap syahadah, solat 5waktu, berpuasa... NO! please understand the words 'WAY OF LIFE'.. oh, indahnya hidup bersama islam. Alhamdulillah bagi yang mengerti..

bukan mudah untuk hidup dengan islam. oleh itu perlulah demand dalam memilih sang pemilik hati setelah Allah dan Rasul. namun, bukan senang jua untuk mendapatkan imam idaman. diri sendiri jua harus bergerak sama menjadikan diri lebih solehah, sementara menunggu si soleh. mantapkan diri dengan ilmu, tingkatkan diri dengan taQwa, istiQamah dengan tahajjud. moga Allah kurniakan kepada kita seorang imam yang mampu mendirikan tiang masjid yang kukuh, menuai tanaman kasih dan cinta kerana Allah, moga suburnya memberi haruman hingga ke sidratul muntaha.ameen.


Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu

deepfromheart.

*jodoh itu rahsia Allah. segala pergantungan hanya pada Allah, sungguh aku tiada daya upaya melainkan dengan pertolonganNya. hanya padaNya aku bersujud, hanya padaNya aku berserah, hanya padaNya aku letakkan harapan.*

No comments:

Post a Comment

kata anda..