weloveweshare

Thursday, 26 April 2012

layakkah menjadi jururawat muslimah???

Dengan Nama Allah Yanag Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Allahumma a'fini fii badani, Allahumma a'fini fii sam'i, Allahumma a'fini fii basori..

Subhanallah, sesuatu yang tidak pernah menjelma dalam mimpi dan dalam angan untuk menjadi seperti sekarang, tapi kalam Allah itu telah mencoretkan ianya untukku. Alhamdulillah, syukur pada Ilahi. mungkiin inilah jalan terbaik untukku hadiah dariNya.. ;)

setelah segalanya berubah, kesal timbul dari hati yang tidak baik.. namun iman yang berbaki dalam hati  berbisik, redhalah.. mengapa perlu menentang keputusan Allah.. andai kerana Allah, dalam apa jua keadaan pun, pasti masih mampu......Kadang kala sering bertanya kepada diri sendiri, mengapa berjumpa tarbiyah setelah berada dalam medan perjuangan menjadi jururawat. Sesungguhnya manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Maka percayalah, setiap insan itu punya tanggungjawab masing masing. Dan sesungguhnya takdir ALLAH itu adalah yang terbaik buat dirinya. Biarpun kadang kala dirimu tidak rela untuk duduk ditempatmu kini, namun carilah kemanisan dalam setiap aspek kehidupan dengan berbekalkan bunga iman dan taqwa.
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata" [33:36]
ramai bertanya, "buat apa sekarang?" saya jawab, "kerja".. "wahhhh dah kerja, kerja apa?"... dengan senyum saya menjawab, "misi".....erkk.. kenapa muka mereka berubah, berkerut, ada juga yang menghujani dengan persoalan yang banyak, namun Alhamdulillah, ade juga yang menyokong ;) sifat manusia kan.

kenapa ramai yang perjudis terhadap kerjaya ini?
soal pemakaian? anda sendiri, wahai cik misi sekalian yang menentukan pakaian anda longgar atau ketat. tepuk dada tanya iman ;) yes, etika berpakaian dalam perkhidmatan ini ada, namun syariat islam juga ada. kalau jahit unform tu, habaq la awai-awai buat bagi longgar. Alhamdulillah, ditempat saya bekerja juga digalakkan untuk memakai uniform yang longgar! ^_____^ 

seorang sahabat telah memberikan aku satu kata yang mengetuk hati.. "jadilah jururawat muslimah, terus mujahadah di medan perjuangan jururawat, Allah telah tunjukkan jalan untuk berubah, jangan berubah kembali hanya kerana kata orang jururawat itu begitu begini.." Allahurobbi.. itulah sahabat, sentiasa memberi kekuatan. ilham dari Allah melalui sahabat. terima kasih Ya Allah!

namun, persolaan.. layakkah aku menjadi jururawat muslimah? :( siapakah dia jururawat muslimah? cakap mudah. namun, mampukah...

jururawat muslimah itu, di mana saja dia berada, dia sentiasa membawa tarbiyah Islam bersamanya. Sebelum memulakan sesuatu dia mengucapkan Basmallah.. setelah selesai,  melafazkan Alhamdulillah.  itu termasuk dalam ibadah jugak kan? Sesungguhnya tarbiyah Islam itu akan jelas kelihatan melalui perlakuan. Amal ibadahnya sentiasa terjaga. dia akan mengambil masa untuk menunaikan solat malah mengingatkan para pesakitnya agar tidak lupa sujud kepada ALLAH SWT. Kerana bagi dirinya, dimana dia berada, dia perlu sentiasa mengingatkan bahawa kita ini adalah hamba, kita harus sentiasa sujud meminta dari yang Maha Esa..

kata sahabat....jururawat muslimah itu juga perlu memandang pesakit dengan mata hati. Pesakit yang dirawat bukan sekadar sakit luaran atau tubuh badan tetapi juga sakit hatinya. Rawatan tersebut bukan rawatan biasa tetapi rawatan menghidupkan hati dengan membawanya mengingati ALLAH SWT. Peristiwa di mana seseorang telah masuk ISLAM setelah mendengar Rasulullah SAW mengucapkan Bismillahirahmanirahim. untuk menjadi juururawat muslimah mestilah kreatif  ;)

jururawat muslimah itu adalah jururawat sebenar bukan sekadar di tempat dia bertugas tetapi juga pada luar waktu tugasannya. Dia bisa merawat hati keluarganya untuk mengamalkan ISLAM, dia bisa merawat jiwa suaminya yang penat berjuang, dia bisa merawat kehausan anak anaknya yang perlu dibelai untuk membentuk mujahidin dan mujahidah ISLAM. Sesungguhnya dia bukan sahaja jururawat dirumahnya, malah untuk masyarakat sekelilingnya. Dia berusaha merawat hati hati yang sakit dengan tarbiyah cinta ISLAM... subhanALLAH, hebatnya...

Alangkah baiknya jika ciri ciri jururawat muslimah itu ada dalam diriku dan dirimu. Rasa takut juga melanda hati, mampukah diri ini menjadi seperti yang diimpikan. Buat srikandi bunga agama, ku mohon doa dan bimbinganmu, sekiranya diriku sudah terlalai dan hampir tersungkur di jalan yang panjang ini, maka hulurkanlah tanganmu, ingatkanlah diriku betapa indahnya perjuangan merebut cintaNYA berbanding hidup hanya kerana dunia yang hina. Janganlah kalian membiarkan aku terus hanyut dan akhirnya menjadi seorang yang tewas dan lari dari medan pertempuran. ingatkanlah, bangunkanlah....

duhai anda, anda, anda dan anda semua out there, 
Janganlah menilai sesuatu secara superfisial sahaja. Bukankah para ummul mukminin juga terdiri daripada mereka yang menjadi jururawat. Bidadari bidadari syurga ini merawat pejuang pejuang agama yang berkorban, bertempur dalam perjuangan demi menegakkan kalimah LAILAHAILALLAH.
buat sahabat di medan junag yang sama...Yakinlah, jururawat itu profesion yang sangat mulia, Janganlah dikau cemarkan kemuliaannya sebaliknya teruslah menghiasinya dengan indahnya akhlak dan pekerti dirimu. Semoga semuanya hanya kerana ALLAH...

#perjalanan itu pahit dan perit, kerana hujungnya itu manis...moga diri ini mampu. Doa dari sahabat diperlukan...
moga bermanfaat buat semua.
wassalam..


1 comment:

  1. Assalam ya ukhti...saya ingin meminta izin mohon share post ukhti ke dalam wall fb saya mya zeal..kerana saya amat tersentuh dengan coretan anda..kerana saya juga seorang jururawat

    ReplyDelete

kata anda..